Black 14 , Kau Datang Lagi

>> Selasa, 10 Jun 2008

Kenanganku semasa himpunan Kesas bersama Sdr Azmin Ali & demo di hari pembebasan Sdr Mahfuz Omar di penjara Kajang.

Gambar kenanganku berkempen di Pilihanraya kecil Sanggang dan demontrasi bersama rakyat Terengganu di Kementerian Kewangan Jalan Duta.

******************

Esok 14 April 2007, tiba lagi tarikh keramat yang di kenali sebagai 'Black 14'. Tetapi kali ini suasananya tidak seperti suasana 14 April 1999 lapan tahun yang lalu. Tarikh yang di katakan runtuhnya sistem perundangan di negara kita. Enam tahun Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di jatuhkan hukuman penjara atas alasan dan tuduhan menyalahgunakan kuasa…rasuah.

Lapan tahun lalu, pagi-pagi lagi aku telah keluar memandu ke arah stesyen LRT Bandar Tun Razak. Aku letakan keretaku di situ dan menaiki LRT menuju ke perhentian Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Aku tahu keadaan di Kuala Lumpur ketika itu tentu hiruk pikuk dan aku tidak mahu mengambil risiko parking di situ.

Sesampai sahaja di sana bulu romaku meremang bila melihat ribuan penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sekitar kawasan Masjid Jamek dan di sepanjang Jalan Tun Perak. Kawasan di situ di penuhi dengan slogan-slogan dan bendera-bendera yang menyokong DSAI. Di jalan berhampiran mahkamah sepasukan polis dan FRU berdiri gagah menanti arahan.

Reformasi!! Reformasi!! Reformasi!! itulah slogan keramat yang bergema pagi itu di sekitar pusat bandar. Sungguh bersemangat sekali aku waktu itu dan hari itulah aku buat pertama kalinya merasai kepedihan pancutan air yang di muntahkan dari ‘water canon’ pehak FRU.

Sudah banyak cerita-cerita berkaitan dengan reformasi telah kupapar di blog ini. Aku kurang bertenaga hari ini untuk menaip lebih panjang lagi ceritanya. Cukuplah dengan cerita rengkasku ini. Klik di sini untuk mengimbau Nostalgia lapan tahun yang lalu. Klik di sini
Reformasi <--- Maaf...blog ini telah ditutup.

Kini segalanya tinggal kenangan. Aku tidak secergas dahulu lagi. Pun begitu semangatku tetap membara. "Lawan Tetap Lawan"

Reformis Lesu
Ex- Setiausaha Pemuda Parti Keadilan 1999-2002
Bahagian Bukit Bintang

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP