Kenangan PRU 1999

>> Khamis, 10 April 2008


Kiri: Keretaku di PRU tahun 1999 & Kanan: Di PRU 2004.

Aku pun ingin turut berkongsi cerita di hari penamaan calon. Bukan di PRU 2008 tetapi di PRU 1999. Hanya kenangan itu saja yang tinggal bersamaku.

Mengenang Nostalgia hari penamaan calon sembilan tahun yang lalu. Se awal jam 5.00 pagi aku sudah bangun. Aku menghias menampal keretaku dengan bendera-bendera BA. Jam 7.00 pagi aku memandu menuju ke Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Aku berpakaian serba hitam pagi itu.

Di kawasan masjid di penuhi dengan penyokong-penyokong BA bersama sepanduk dan bendera BA. Rakan-rakanku yang juga berpakaian serba hitam sudah sedia menunggu. Kami dari Briged Pemuda Keadilan di tugaskan mengiringi calon dan mengawal keadaan sepanjang tempoh penamaan calon.

Kami bergerak dari Masjid Saidina Abu Bakar mengiringi sdr. Zainul Zakaria menuju ke pusat penamaan calon di komplek sukan Bangsar. Jarak lebih kurang 2 km ke pusat pencalonan.

Masih kuingat lagi, sepanjang perjalanan kami menyanyikan lagu patriotik untuk menaikkan semangat kami. Lagu 'Barisan Kita' di laungkan berulang kali. Liriknya kami ubah suai mengikut sesedap mulut kami.

Antara lirik lagunya berbunyi, "Inilah Barisan kita yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, menuju REFORMASI!" Di ikuti dengan laungan Reformasi oleh para penyokong.

Kami selang- selikan dengan selawat nabi dan Takbir! Sungguh bersemangat sekali.

Di pusat penamaan calon, gerombolan Pemuda/Wanita Umno sudah sedia menanti. Lagak seumpama singa lapar. Menunggu masa untuk menerkam mangsa. Kedua penyokong di asingkan. Jika tidak, pasti kami bercakaran.


Penyokong BN semasa pilihanraya kecil Macap.

Di pendekkan cerita, tiada insiden panas yang berlaku. Sekadar ejek mengejek, kutuk mengutuk di antara dua penyokong. Biasalah tuu...

Sungguh manis kenangan itu!.

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP