Merdeka

>> Khamis, 10 April 2008

Sudah agak lama aku tak menulis cerita di komuniti OKU, bukan tak mahu menulis tapi aku rasakan kisah-kisahku tak sesuai dan tidak menarik untuk disiarkan di sini. Tapi sempena menyambut bulan kemerdekaan aku ingin memerdekan 'jari-jariku' dan mindaku seketika untuk berkongsi coretan berkaitan dengan Merdeka. Coretanku bukanlah berkaitan dengan kemerdekaan negara kita, kisah-kisah berkaitan begini boleh di dapati di laman-laman web dan akhbar.

Coretanku ini berkisar kepada slogan yang sering bersemadi di jiwaku iaitu 'Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka' yang sering dan setia bersamaku......ahha, ada juga perkataan Merdeka di situ. Slogan ini ku pinjam dan menjadi teman setiaku hampir enam tahun, slogan dan semangat yang ku pinjam dari pemimpin idolaku Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun beliau di kurung di sebalik tembok batu dan di pagari oleh gerigi-gerigi besi namun Minda, Jiwa dan Semangatnya bebas dan Merdeka. Dengan berbekalkan semangat, akhirnya setelah enam tahun merengkok di sebalik gerigi-gerigi besi, beliau bebas Merdeka seperti burung-burung yang berterbangan di angkasa.

Aku berharap semangat beliau ini dapat meresapi ke dalam jiwaku untuk aku terus memerdekan jiwaku dan mindaku dari terpenjara dan terbelengu dek perasaan sendiri. Aku berharap dan berdoa agar di suatu hari nanti aku juga akan bebas dan Merdeka seperti burung dan unggas yang bebas berterbangan ke sana dan ke sini di ruang angkasa.

Walaupun jasad ku terpenjara namun jiwaku bebas Merdeka.

Selamat meyambut hari kemerdekaan 31 Ogos 2006.

Merdeka..... Merdeka..... Merdeka

K@ssim Sel@m@t - @OKU 2002' Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka '

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP