Mood Demontrasi, Sekadar Nostalgia

>> Khamis, 10 April 2008


Gambar di ambil dari web Tian Chua

Entah mengapa dalam seminggu ini jariku banyak menjurus melayari laman-laman web pro Barisan Alternatif. Aku lebih suka menyebut Barisan Alternatif daripada menyebut Parti Pembangkang.

Dari satu web ke satu web aku merayau-rayau untuk mendapatkan berita dan gambaran. Dari isu kenaikan Tol, isu kenaikan petrol hingga isu terhangat masa kini ‘Pemboikotan’ pilihanaraya kecil Batu Talam’, semuanya aku terjah masuk.


Beberapa web tv alternatif membuat aku tercongok menghabiskan masa melihat, mendengar dan mentafsir. Siri ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkenaan kempen pemboikotan di Batu Talam amat menarik sekali untuk didengar dan difikirkan. Berbagai isu rakyat di kupas oleh beliau, memang hebat DSAI ini. Di sini tidak perlu aku perincikan secara detail isu-isu yang di perkataan olih DSAI kerana blogku bukanlah blog politik.


Gambar di ambil dari web Tian Chua


Paling aku tertarik web WTV8, menunjukkan demontrasi membantahkan kenaikan tol di tol Sunway. Emm…hilang rindu bila dapat melihat wajah-wajah temanku disitu. Terasa mahu saja aku bangkit dari katil ini untuk turut sama berdemontrasi. Turut sama dalam demontrasi itu ialah Syed Sharir, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr. Badrulamin, Mat Sabu, Hj. Mahfuz Omar, Tian Chua dan ramai lagi.


Aku tersenyum-senyum teringat zamanku dahulu yang turut sama berdemontrasi. Antara ungkapan yang menarik dan mengimbau nostalgiaku yang di laungkan oleh pendemontrasi di situ ialah

TOL ‘Tipu Orang Lagi’ ‘Hidup..hidup..hidup rakyat, tolak..tolak..tolak..BX,’ yang dilaung berulang kali.

Oleh kerana seronok dan teruja dengan aksi-aksi yang di tunjukkan oleh pendemontrasi, aku memangil anakku Indah untuk turut berkongsi mengimbau pengalaman bersamanya dahulu ketika berdemontrasi di depan Sogo dan di hadapan Balai Polis Dang Wangi. Ketiga tiga anakku termasuk isteriku pernah bersamaku berdemontrasi satu ketika dahulu….hehehe…satu famili kaki reformasi.

“Apalah ayah, cakap tak serupa bikin, kata tak mahu lagi terlibat dengan politik.”
“Merajuk kononnya dahulu,” kata Indah merujuk kepada kenyataanku satu masa dahulu yang agak kecewa dan merajuk dengan Barisan Alternatif.

Aku hanya tersenyum simpul mendengar kata-katanya dan terus menonton WTV8

  • 0 ulasan:

    Photobucket

      © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP