Minyak...Lu Fikir Lah Sendiri!

>> Ahad, 16 November 2008


Kerajaan mungkin menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen pada penghujung bulan ini seperti yang dilakukan sebelum ini. Jika penurunan ini berlaku harga runcit petrol akan menjadi RM 2.00 seliter. Masih dikira tinggi jika di bandingkan dengan harga RM 1.92 sebelum di naikkan Jun'08 lalu. Ketika itu harga bahan bakar dunia sekitar US$ 140 setong.

Harga bahan bakar di pasaran global sekarang berlegar di sekitar US$ 60 setong.

Dan kerajaan tidak menolak kemungkinan menetapkan harga minima bagi harga runcit petrol dan diesel meskipun harga minyak pasaran dunia menunjukkan trend penurunan. Sumber dari Utusan Melayu.

Nota Kaki : Dahulu kata harga minyak nak ikut harga pasaran dunia. Sekarang berkemungkinan kerajaan nak tetapkan harga minima. Dengan kata lain jika harga minima dipratikkan, bila harga pasaran minyak mentah dunia turun, harga minyak kita tak turunlah ya! Begitu ke?

Dan adakah langkah pemberian rebet kepada pengguna satu langkah yang silap yang telah dilakukan oleh kerajaan. Silap² pemberian rebet ini akan ditarik balik.

Ishh! susah teman nak cakap. Kena tanya Nabil gamaknya!

Read more...

Laungan Reformasi Video

>> Isnin, 13 Oktober 2008



Read more...

Bantulah Azrul@Che Nat

>> Rabu, 8 Oktober 2008



*************
Seperti yang di janjikan di entri yang lalu, inilah wajah² lesu Che Nat pemuda berumur 19 tahun yang kini terlantar tidak sedarkan diri (Koma) akibat dibelasah oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Che Nat mendapat kecederaan parah di bahagian kepalanya dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang. Untuk meneruskan kehidupan Che Nat memerlukan sejenis susu khas yang disalurkan melalui tiub yang di buat di bahagian perutnya. Kisah Che Nat di entri saya yang lalu di sini.

Untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarganya, anda boleh menghubungi ayah kepada Che Nat, En. Zulkifli di talian 017-365 1024 atau 03-8724 3629.(Bandar Rinching, Semenyih)

Anda juga boleh turut menyumbang dengan menyiarkan dan mengedarkan kisah penderitaan Che Nat ini melalui blog, email atau mana² forum di internet.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.

(Akaun Baru)
Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Atau

Bank : EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.

Saya berkesempatan menziarahi Che Nat pada Syawal yang ke lima. Berikut adalah perbelanjaan bagi menyara kehidupan Che Nat. Kos perbelanjaan seharian Che Nat amat tinggi jika di bandingkan dengan pendapatan ayahnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah hospital.

Ayah Amir@Kassim Selamat

*******************

Perbelanjaan Harian:
  • Susu sehari 8 tin x RM5.70 = RM45.60 (RM 45.60 x 30 hari = RM1,368.00 sebulan)
  • Tiub triki 8 kali x RM3.00 = RM24.00 (Untuk menyedut kahak. RM24.00 x 30 hari = RM720.00 sebulan)
Perbelanjaan Bulanan:
  • Beg Plastik Kencing - satu RM2.50 x 4 kali sebulan = RM10.00 (Di tukar seminggu sekali)
  • Tiub Kencing (Cathether) - satu RM6.00 x 4 kali sebulan = RM24.00 (Di tukar seminggu sekali)
  • Lampin Pakai Buang - RM2.00 sekeping x 30 hari = RM60.00 (Sehari sekeping)

Satu saluran (triki) di buat di bahagian lehernya untuk menyedut kahak. Di bahagian perutnya di buat satu saluran tiub untuk menyalurkan susu dan bubur.

Terlantar tanpa sedarkan diri.

Plastik kencing tergantung di tepi katil.

Read more...

Bulan Oh Bulan

>> Rabu, 3 September 2008

Iskk...banyaknya anak bulan!

Selamat menjalani ibadah puasa dari tuan blog. Semoga Ibadah puasa kita tahun ini lebih baik dan lebih sempurna dari tahun² sebelumnya.

Mohon maaf dari tuan blog jika ada terkasar bahasa terguris rasa sepanjang berblog.


***************
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok iaitu 1 September.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Sept 2008.

Read more...

Merdekakan Pilihanraya Dari Pengundi Hantu

>> Selasa, 2 September 2008

Selamat Hari Kemerdekaan

~Kibaran Kebanggaanku~

Sekadar nak berkongsi menonton. Tiga buah bas yang di dakwa membawa pengundi hantu yang ditahan di Permatang Pauh. Saksikan aksi marah YB Gobalakhrisnan. Dengarkan apa yang diperkatakan oleh beliau. Tidak ramai orang nyang seberani beliau menyuarakan kebenaran. Akhirnya beliau ditahan. (sila off kan lagu blog untuk mendengar)




Gambar koleksi peribadiku yang kurakamkan di tahun 2000 di sekitar kawasan mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Jika tak silap Gobala di tahan kerana memprotes ketika hari pendengaran kes OKT (orang kena tahan) yang mengadakan perhimpunan haram. Ada beberapa gambar aksi beliau yang sedang di masukkan ke dalam 'Black Maria' yang sempat kurakamkan.

Pertama kali aku mengenali Gobala atau nama panggilannya Gobi ketika sama² berdemontrasi di luar kawasan masjid Kg. Baru di sekitar tahun 1999.

Slogan yang sering dilaungkan oleh Gobala "Hancur! hancur! hancur! BN!, Hancur! hancur! hancur! Umno". Slogan yang di ilhamkan oleh sdr Sanusi Abdullah bekas ketua Bahagian Bukit Bintang parti Keadilan.

Sekadar Nostalgiaku di era reformasi sempena hari kemerdekaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Read more...

Sumpah Saiful

>> Jumaat, 22 Ogos 2008

Saifol sudah pun bersumpah. Untuk bersangka baik dan tidak menjadi bahan tohmahan oleh orang yang tidak senang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, adalah lebih elok jika Dato' Seri Anwar pun turut berbuat demikian.

Di harap tiada mereka² yang cuba menjadikan sumpah ini sebagai bahan kempen untuk pilihanraya kecil yang bakal di adakan pada 26 Ogos nanti.

Jika dilihat di kaca TV, selain TV3 ada pula satu krew produksi sedang menguruskan rakaman upacara sumpah ini. Jangan pula selepas ini ada pulak CD² rakaman itu di edarkan berleluasa di Permatang Pauh. Itulah taktik kotor yang dilakukan oleh musuh² DSAI semasa pilihanraya tahun 1999.

Ingatan buat TV3 mahu pun RTM, jangan pula nanti asyik di ulang tayang sumpah si Saiful ini di kaca TV. Rakyat bukan suka! Menyampah lagi ada!

Perasan tak semasa si Saiful bersumpah! Dia tersalah sebut tarikh dia di liwat. Tarikh dia di liwat 26/6/08 tetapi tersilap sebut 26/8/08. Boleh tersasul pulak ya! Tarikh 26/8 tu ialah tarikh pilihanraya kecil P44 En. Saiful Ooi! Muda² lagi dah jadi pelupa.

Bukan perkara mudah untuk bersumpah ni walaupun dengan membaca teks. Gugup dan cemas di buatnya jika tidak hati² dan dengan suci hati.

Kebenarannya hanya Allah sahaja yang maha mengatahuinya.

Di bawah ini petikan sesi soal jawab Saiful bersama wartawan yang dipetik dari Malaysiakini. Cuba baca dan fahamkan perenggan yang di hitamkan itu.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Apakah maksud Saiful " ia bukan tentukan samada salah atau tidak". Adakah Saiful bermaksud dengan bersumpah tidak semestinya betul atau tidak sumpah yang dilafazkan itu. Hanya Saiful saja yang ada jawapannya.

Tuan blog nak masuk tidur dah!. Harap² bermimpi pergi ke Permatang Pauh. Jumpa di sana ya!!


Read more...

Jejak Kasih

>> Selasa, 12 Ogos 2008

Terjumpa gambar ini di Mstar Online hari ini. Gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah semalam.

Gambar di belakang DSAI, yang di bulatkan itu adalah rakan lamaku bekas Ketua Pemuda parti Keadilan Bahagian Bukit Bintang Sdr. Khairul Anuar. Kami sama² di dalam parti Keadilan Bahagian Bukit Bintang tahun 1999/2000 dan sama² ber reformasi dahulu.

Kami terputus hubungan selepas aku jatuh sakit. Kepada sesiapa yang mengenalinya, harap khabarkan kepadanya tentang diriku dan blog ini. Teringin bertemu dengannya. Terima kasih.

Lagi gambar² DSAI di mahkamah di sini.

Read more...

Permatang Pauh Dekat Di Hati

>> Khamis, 7 Ogos 2008



Umno membuat tawaran kepada Mufti Perlis untuk bertanding menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Tawaran tersebut di tolak oleh S.S Dr. Mohd Asri.

Kata MSO :

"Kalau beliau terjun ke dalam kancah politik kedudukannya tidak dipandang semulia seperti hari ini lagi. Bila menjejak kaki ke kancah politik beliau tidak dapat elakkan diri daripada condong kepada parti yang dianggotainya. Beliau juga tidak akan dilihat bebas untuk berkata-kata berdasarkan kebenaran lagi."

"Cuba kalau beliau menyertai Umno beliau tidak akan ‘boleh’ berbuat begitu lagi. Beliau hanya kena mendiamkan diri saja. Banyak ulama dan ustaz dalam Umno tahu hukum apa yang dilakukan Abdullah dan perdana menteri sebelum ini tetapi seorang pun tidak berani menegurnya. Mereka sanggup bergulamang dalam dosa secara bersama."

Baca seterusnya di sini.

Teguran Mufti Perlis kepada PM tentang upacara di Tugu Negara di sini.

Read more...

Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya

>> Jumaat, 1 Ogos 2008

Photobucket
Photobucket

Read more...

Hari Ini Bentuk Kerajaan. Esok Tukar Mercedez E200

>> Selasa, 22 Julai 2008





Masih berkisar tentang Mercedez E200. Esok (Rabu) , kabinet akan membincangkan isu ini di mesyuarat jemaah menterinya. Kita tunggu hasil mesyuaratnya.

Ini yang Dato' Seri Anwar janjikan jika Pakatan Rakyat memerintah....


Dan yang ini Datuk Ahmad Said lakukan bila berjaya memerintah...


Pemimpin Pakatan Rakyat tidak gairah menukar fasiliti untuk exco²nya bila berjaya menawan 5 buah negeri. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang membatalkan pembelian 6 buah Perdana V6 yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu demi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri. Artikel berkaitan di sini.

Kesejahteraan dan keselesaan rakyat lebih di utamakan sesuai dengan manifestonya Negara. Kebajikan.

Apa yang telah di hadiahkan kepada rakyat oleh pemimpin Pakatan Rakyat bila berjaya memerintah:

Selangor :
  • Pemberian air subsidi 20 meter padu kepada rakyat.
  • Agihan beras kepada rakyat miskin.
Perak :
  • Memberi pengecualian bayaran saman tertunggak yang dikeluarkan oleh PBT.
Pulau Pinang :
  • Memberi pengecualian bayaran saman tertunggak yang dikeluarkan oleh PBT.
  • Agihan bantuan sebanyak RM 130 ribu untuk rakyat miskin.
  • Memberi bantuan beras dan air percuma kepada rakyat miskin.
Kedah :
  • Menaikkan elaun guru² KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain)
  • Memberi tiket perlawanan percuma menonton bolasepak.
Fikir²kan dan renungkan apa yang telah dilakukan oleh pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat jika di bandingan dengan Barisan Nasional bila berjaya membentuk kerajaan negeri.

Lagi cerita pasal Mercedez di sini.

Slogan banner idea dari blog Kujie di sini.

Read more...

Mercedez vs Perdana V6


Kerajaan Barisan Nasional Terengganu membeli kereta Mercedez sebanyak 14 buah yang bernilai RM 3.4 juta untuk kegunaan exco dan pegawai kanannnya.

Menurut Menteri Besarnya, pembelian kereta mewah tersebut mengantikan kereta Nasional Perdana V6 demi untuk menjimatkan kos perbelanjaan tahunan. Pembelian kereta tersebut tidak menggunakan wang royalti minyak tetapi mengunakan peruntukkan yang sedia ada.

MB berkata, keputusan pembelian kenderaan tersebut dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi mencecah sehingga RM 50 ribu.

***********
Ks - Rakyat di saran agar berjimat cermat dan mengubah gaya hidup dengan kos kenaikkan minyak. Lain pula dengan pemimpin BN, mereka mengubah gaya hidup dan selera dengan bertukar dari kereta Nasional ke kereta Mewah. Inilah yang dikatakan 'Kepimpinan Melalui Tauladan' ala Barisan Nasional.

Perbelanjaan untuk membeli kereta mewah tersebut bukan dari wang royalti minyak! Itu kata menteri besarnya. Habis jika bukan wang royalti minyak, wang siapa? Wang Umno? Wang menteri besar? Yang pasti wang rakyat yang digunakan untuk bermewah-mewahan. Rakyat berhak untuk bersuara!

Dari segi logiknya, bila besar cc kereta maka besar penggunaan minyaknya dan bertambahlah perbelanjaan penyelengaraannya. Tapi menurut Datuk Ahmad Said, pembelian kereta mewah ini akan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan negeri. Lawak sungguh! Nabil, Raja Lawak Astro kata...'Lu Fikirlah Sendiri!'

Sekiranya perkara sedemikian dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sudah pasti suara² sumbang akan kedengaran dari mulut² pemimipin BN. Dalam isu ini, kemana menghilangnya suara² mereka? Menikus....'Angguk² Geleng²'

Ks...suka dengar slogan era zaman reformasi "Yang Kaya Bertambah Kaya! Yang Miskin Papa Kedana!"

G
ambar Mercedez cilok dari No2umno di sini. hehehe.

Read more...

Ezam...Biarlah Rahsia

>> Ahad, 13 Julai 2008





Video ni telah di padamkan! semalam ada.

Lebih kurang 8 - 9 tahun yang lalu di atas pentas parti Pas di Taman Melewar aku mendengar Ezam berucap bergegar-gegar penuh semangat. Aku ketika itu sambil mendengar ceramah sambil pekena roti 'canai banjir' dan kopi O panas di gerai bersebelahan. Orang kata sambil menyelam sambil minum air.

Lagi lantang Ezam bersuara lagi laju aku membelasah roti canai banjir berkuahkan kari ayam dan sambil tumis. Sedar tak sedar dua keping roti canai habis aku belasah dengan secawan kopi panas. Memang panas! cara Ezam bercakap pun ada iras² mentornya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memang berkarisma Ezam ni sebagai pemimpin.

Dalam ucapannya itu, Ezam mendakwa mempunyai enam kotak rahsia salah laku pemimpin Umno. Banyak tuu! Semua orang tercengang termasuk juga aku. Ada yang bertepuk tangan dan ada yang bertakbir. Biasalah tu....semangat!

Tunggu dok tunggu dok tunggu! Dari Ezam yang masuk penjara dah keluar penjara. Dato' Seri yang kena enam tahun penjara dah pun keluar penjara. Aku pun yang boleh berjalan dulu sampai dah tak boleh berjalan. Tapi sampai ler ni (sebut sleng utara) enam kotak rahsia yang Ezam cakap tu tak nampak bayang pun!

Ler ni Ezam pun dah masuk Umno semula. Rahsia enam kotak entah kemana. Mungkin Ezam simpan buat pekasam kot! Rahsia masih menjadi rahsia dan kotak hanya tinggal kotak......

Pagi ni sambil makan roti canai cicah gula dengan segelas teh O dengar pulak cerita yang sama, dari orang yang sama. Cerita tentang 'Rahsia' lagi. Banyak betul si Ezam ni dengan rahsia².

Cuma yang berbeza pagi ni ada dua perkara. Pertama, kali ini rahsianya bukan lagi rahsia salah laku pemimpin Umno tapi 'rahsia besar' PKR. Dan yang kedua, kali ni aku makan roti canai kena bersuap pulak, tak seperti 8 - 9 tahun dahulu.....huhuhu!

Sambil makan roti canai dengar lagu Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia"

Cerita tentang 'rahsia' di sini.


Sila ke Blog reformasiku di atas untuk mengikuti sidang Parlimen

Read more...

Black 14 , Kau Datang Lagi

>> Selasa, 10 Jun 2008

Kenanganku semasa himpunan Kesas bersama Sdr Azmin Ali & demo di hari pembebasan Sdr Mahfuz Omar di penjara Kajang.

Gambar kenanganku berkempen di Pilihanraya kecil Sanggang dan demontrasi bersama rakyat Terengganu di Kementerian Kewangan Jalan Duta.

******************

Esok 14 April 2007, tiba lagi tarikh keramat yang di kenali sebagai 'Black 14'. Tetapi kali ini suasananya tidak seperti suasana 14 April 1999 lapan tahun yang lalu. Tarikh yang di katakan runtuhnya sistem perundangan di negara kita. Enam tahun Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di jatuhkan hukuman penjara atas alasan dan tuduhan menyalahgunakan kuasa…rasuah.

Lapan tahun lalu, pagi-pagi lagi aku telah keluar memandu ke arah stesyen LRT Bandar Tun Razak. Aku letakan keretaku di situ dan menaiki LRT menuju ke perhentian Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Aku tahu keadaan di Kuala Lumpur ketika itu tentu hiruk pikuk dan aku tidak mahu mengambil risiko parking di situ.

Sesampai sahaja di sana bulu romaku meremang bila melihat ribuan penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sekitar kawasan Masjid Jamek dan di sepanjang Jalan Tun Perak. Kawasan di situ di penuhi dengan slogan-slogan dan bendera-bendera yang menyokong DSAI. Di jalan berhampiran mahkamah sepasukan polis dan FRU berdiri gagah menanti arahan.

Reformasi!! Reformasi!! Reformasi!! itulah slogan keramat yang bergema pagi itu di sekitar pusat bandar. Sungguh bersemangat sekali aku waktu itu dan hari itulah aku buat pertama kalinya merasai kepedihan pancutan air yang di muntahkan dari ‘water canon’ pehak FRU.

Sudah banyak cerita-cerita berkaitan dengan reformasi telah kupapar di blog ini. Aku kurang bertenaga hari ini untuk menaip lebih panjang lagi ceritanya. Cukuplah dengan cerita rengkasku ini. Klik di sini untuk mengimbau Nostalgia lapan tahun yang lalu. Klik di sini
Reformasi <--- Maaf...blog ini telah ditutup.

Kini segalanya tinggal kenangan. Aku tidak secergas dahulu lagi. Pun begitu semangatku tetap membara. "Lawan Tetap Lawan"

Reformis Lesu
Ex- Setiausaha Pemuda Parti Keadilan 1999-2002
Bahagian Bukit Bintang

Read more...

Adun BN Boros

>> Sabtu, 24 Mei 2008


Ks - Terlalu boros! 90% atau RM 26.6 juta peruntukan di habiskan dalam masa dua bulan oleh Adun BN. Baki 10% di tinggalkan untuk Adun Pakatan Rakyat untuk tempoh sepuluh bulan seterusnya.

Apa yang boleh di sumbangkan oleh Adun Pakatan Rakyat dengan jumlah RM 2.9 juta kepada rakyat negeri Selangor?

Ini baru negeri Selangor! Bagaimana pula dengan negeri² lain yang di tadbir di bawah kerajaan BN? Adakah perkara yang sama berlaku?.

Jangan biarkan 'Wang Rakayat' dibelanjajkan sesuka hati oleh mereka ini.

******************

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

Khalid menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.

Khalid kemudiannnya memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.

Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Malah, katanya, Speaker Dewan Undangan Negeri yang lalu, yang bukannya seorang Adun, turut membelanjakan RM600,000.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas mengenai kecekapan, akauntabiliti dan keteluasan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Ekoran perbelanjaan besar dalam tempoh dua bulan pertama ini, kini tidak ada lagi peruntukan yang tinggal bagi 36 kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat - PKR-DAP-PAS - untuk dibelanjakan sepanjang tahun ini.

Dalam titah perasmian sidang DUN Selangor Rabu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda memandang serius perbelanjaan peruntukan Adun bagi tahun 2008 yang habis dibelanjakan dalam dua bulan pertama tahun ini.

Sumber : Malaysiakini.





Read more...

Khairy Jamuludin Pengerusi Pasar

>> Sabtu, 17 Mei 2008


Yang Hangat di Parlimen.

Dewan rakyat menjadi kecoh bila Senator Dato' AmirSham (BN) menjawab soalan Khairy Jamaludin berkaitan dengan DEB. Pembangkang kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Pembangkang mendakwa jawapan yang di beri hanya mengikut teks yang telah di siapkan.

Khairy bangkit cuba mencelah tetapi Yang Di Pertua memintanya duduk. Ahli parlimen Kalabakan (BN) bangun lalu mengatakan bahawa dewan rakyat tak ubah seperti sebuah pasar.

YB Azmin Ali (PKR) sebelum memulakan hujah sempat mengelarkan Khairy Jamuludin sebagai 'Pengerusi Pasar'. Dewan gamat seketika mendengar kata-kata Azmin. Khairy cuba bangun dan meminta agar Azmin menarik balik kata-katanya. Yang Di pertua menenangkan keadaan.

YB Saifudin Nasution (PKR) di sidang akhbarnya membangkitkan kes di mana seorang pelatih komando telah di dera oleh jurulatihnya. Sebagai bukti, Saifuddin menunjukkan klip video selama dua minit di mana pelatih tersebut telah dipijak di bahagian kepalanya. Kepala adalah maruah kita, bukan tempat untuk di pijak², ujar Saifudin.

Saifuddin ingin tahu samada kes ini sampai ke pengatahuan Menteri Pertahanan. Beliau mengesa agar siasatan perlu di adakan terhadap kes ini.

Di sidang akhbar yang lain, YB Azmin (PKR) menafikan ada sogokan yang cuba di berikan kepada ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat seperti dakwaan pimpinan BN.

Menurut Azmin itu hanya rekaan BN semata-mata. Azmin berkata, hanya mereka yang mengamalkan rasuah beranggapan begitu.

Bila di tanya wartawan, bilakah Pakatan Rakyat akan mengambli alih pemerintahan?. Azmin menjawab, selewat-lewatnya 16 September 2008.

Di sidang sebelah petang kekecohan berlaku lagi di antara ahli² parlimen BN dan pembangkang. Pertikaman lidah berlaku di antara Gobalakhrisnan (PKR) dan Dato' Tajuddin Abd Rahman (BN).

Untuk meredakan keadaan, Yang Di pertua menangguhkan sidang. Sidang Dewan akan di sambung semula pada jam 10.00 pagi hari Isnin.

Artikel berkaitan di sini.

Ada lagi manusia seperti ini. Sungguh tak berperikemanusian.



Sila ke blog Kassim Selamat untuk mengikuti sedang tersebut pada hari Selasa.

Read more...

Senyum Kambing~ Umno Gajah Sarkas

>> Isnin, 12 Mei 2008


Yang hangat di Dewan Rakyat.

Pokok Sena(PAS)
- YB Mahfuz Omar mengibaratkan Umno sebagai 'Gajah Sarkas' yang menurut saja perintah tuannya tanpa membantah. Jika tuannya suruh duduk, gajah sarkas akan duduk. Begitu juga jika suruh berdiri, gajah sarkas akan berdiri. Jika di suruh membuat lapuran polis, gajah sarkas ini akan beramai-ramai ke balai polis membuat lapuran sarkas.

Ini merujuk kepada ahli² Umno yang membuat lapuran polis terhadap isu Karpal Singh apabila di arah oleh ketuanya.

Kalabakan (BN) - Ahli parlimen Kalabakan (BN) ini meluahkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Sabah terhadap kerajaan pusat. Beliau mendakwa tsunami politik mungkin terjadi di PRU akan datang sekiranya suara rakyat Sabah tidak diambil kira oleh kerajaan pusat.

Ledang (BN) - Ahli parlimen Ledang mendakwa parti DAP meruntuhkan gerai orang melayu. Bila di cabar oleh Lim Kit Siang untuk memberikan bukti perbuatan itu. Beliau tidak dapat berbuat demikian. Beliau ditegur oleh Yang Di Pertua agar memberi beri fakta sebelum berhujah sesuatu isu.

Padang Serai (PKR) - YB Gobalakrishnan mempersoakan ucapan ahli parlimen Ledang bila ahli parlimen tersebut mengatakan pembangkang tidak beriman kerana tidak menghargai jasa kerajaan. Secara spontan Gobala bercakap bahasa tamil bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap ahli parlimen Ledang.

Ahli² parlimen Pas turut bangun mempertikaikan kenyataan ahli parlimen Ledang ini. Yang Di Pertua menegur ahli parlimen Ledang agar jangan membuat fatwa di Dewan Rakyat.

Rembau (BN) - YB Khairy Jamaluddin mengambil peluang menghentam Pakatan Rakyat. Sepanjang berhujah beliau tidak memberi laluan kepada ahli parlimen pembangkang untuk menjawab hujahnya. Pelik betul? Mungkin beliau gentar dengan kelantangan suara pembangkang yang akan menjawab semula isu yang di perkatakan oleh beliau.

Beliau mencipta singkatan nama 'Projek Khinzir Raksasa' merujuk kepada PKR . Sindiran beliau di balas oleh YB Mahfoz Omar dengan mengatakan BN projek 'Babi Negara'.

Selanjutnya di sini.

Read more...

Senyum Kambing ~ Warga OKU

>> Khamis, 8 Mei 2008


Di Dewan Rakyat, ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ahli dan ahli parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar mempersendakan Karpal Singh yang berkerusi roda. Dalam satu insiden soal jawab, Bung Mokhtar mencabar Karpal Singh agar berdiri.

Begitu juga dengan Ibrahim Ali, secara sinis meminta agar Karpal Singh berdiri ketika berhujah.

Agak mengguris hati bagi warga OKU kerana keilatan mereka di persendakan di Parlimen. Warga OKU juga menyumbang kepada kemenangan ahli parlimen mahu pun dari parti kerajaan ataupun parti pembangkang.

KS - Orang cacat juga punya perasaan.




Artikel berkaitan dengan gambar di atas boleh dibaca di sini.

Read more...

Senyum Kambing ~ Sang Kelembai

>> Isnin, 5 Mei 2008


Malam tadi RTM menjemput Sdr Zaharin atau nama pena di blognya Sang Kelembai. Rancangan malam tadi tak sehebat rancangan minggu lepas yang mana tetamu jemputannya Raja Petra.

Sang Kelembai di dalam penulisan di blognya menghentam hebat kepimpinan Pak Lah. Malah beliau menggelarkan kepimpinan Pak Lah sebagai 'Kerajaan Tiga Beranak'. Sdr Zaharin merupakan ahli Umno yang telah di pecat keangotaannya.

Beliau di kecam hebat oleh para bloggers bilamana menunjukkan sikap 'lembut' berbeza dari apa yang ditulis di blognya hingga sanggup mencium tangan pemimpin yang di kecamnya.

Mungkin Sang Kelembai tak sabar menunggu tibanya Aidil Fitri.

Kecaman para bloggers terhadap Sang Kelembai boleh dibaca di blog No2umno di sini . Blog Sang Kelembai boleh di layari di sini.

Read more...

Senyum Kambing ~ Beras Naik

>> Ahad, 4 Mei 2008

Ks - Tiba² harga beras naik mendadak. Bukan naik dua tiga puloh sen. Sekali naik RM 5 hingga RM 6. Ini agaknya manifesto dan hadiah kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Undilah BN Barang Naik...Beras Naik.


Dulu bila lepas makan nasi, kat pinggan ada sisa² nasi, buat tak nampak saja. Sekarang dah tak boleh buat begitu lagi. Kalau boleh dengan pinggan² kena jilat sekali untuk pastikan tiada lagi baki nasi. Tak mahu membazir. Beras dah mahal sekarang!

Kepada kawan² yang nak jimat belanja, bolehlah cari makanan alternatif yang lain. Apa kata, kita tukar makan makanan yang berasaskan dari tepung pula. Makan capati ke!, makan roti canai ke! atau roti tisu.

Layari klip video 'Mai cek Mai' di bawah ni. Lirik lagunya amat menarik hati. Ada sebut tentang beras juga.

Mai cek oii cek mai kita ke negeri Kedah
Mai oii bagi ramai jamu nasik kawah
Naik kapal terbang turun Kepala Batas
Makan tak usah bimbang kami banyak beras




Artikel berkaitan di Utusan Malaysia boleh dibaca di sini.

Read more...

Senyum Kambing ~ Petra vs RTM

>> Isnin, 28 April 2008


Raja Petra : Takda pun orang melayu orang cina nak bertetak parang. Hari ini cina,melayu, india sudah matang!

Raja Petra : Ini pemikiran komunis!. Apa yang you (pengacara) cakap ni pemikiran komunis. Komunis percaya kalau kita buka sangat akan berlaku tidak kestabilan.

Petikan hujah Raja Petra dari klip video yang ketiga. Pengacara terdiam bila Raja Petra mengatakan pemikirannya adalah pemikiran komunis.

Soalan² yang di lontarkan kepada Raja Petra mungkin datangnya dari orang kuat RTM sendiri. Mungkin juga soalan² yang di sediakan oleh Menteri Penerangannya, Sabrey Cheek. Pengacara cuma proksi saja dalam rancangan ini dan mengikut arahan orang atasannya.

Secara tidak langsung, pemikiran komunis yang di tujukan kepada pengacara oleh Raja Petra terkena batang hidung RTM, menteri penerangannya dan kerajaan. Alahai....kesiannya!

Artikel yang berkaitan boleh dibaca di sini.


Read more...

Gelita 14

>> Jumaat, 11 April 2008


Entri sempena mengingati ulangtahun ke 8 peristiwa 'Black 14'. Apa yang terjadi pada 14 April 1999? Layarilah kisah²ku di blog ini.

Klip video 'Laungan Reformasi' di sini. Kelibat tuan blog turut terakam di dalam klip video ini ketika berdemontrasi di hadapan KLCC semasa persidangan APPEC.

Read more...

Tarikh 4 April



Hero dan heroin jalanan. Mereka adalah di antara ribuan muka² yang berdemontrasi di jalanan. Ada di antaranya telah pergi buat selamanya.

***************

Hari ini 4 April 2008. Genap 9 tahun tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (dahulunya Parti Keadilan Nasional)

Pagi 4 April 1999, aku ke Hotel Rennaisance Jalan Ampang menghadiri perasmian parti. Meriah dan bersemangat hari itu. Pendaftaran keahlian di buka hari itu. Dan aku di antara ribuan penyokong DSAI yang mendaftar keahlian hari itu.

Selepas tamat majlis perasmian, dengan di ketuai oleh 'srikandi' Nora kami melaungkan slogan 'Reformasi' di hadapan hotel tersebut. Bersemangat kami!

Antara slogan yang kami laungkan "Hancur² hancur Umno" & "Yang kaya bertambah kaya, Yang miskin papa kedana" & "Bila untung kasik Renung, Bila rugi rakyat tanggung...Reformasi!".

Kami bersurai selepas beberapa seketika berdemontrasi di hadapan hotel.

Tak sangka parti yang ditubuhkan 9 tahun lalu kini berjaya menerajui beberapa buah negeri. Agak terkilan juga hatiku kerana tak dapat meraikan di luar sana ketika parti di ambang kejayaan semasa PRU tempohari.


Kenanganku..."Kad keahlianku & Gambar reformasi".
Cerita berkaitan April di sini.

Ks - Biarkan lah aku dengan kenangan dan Nostalgiaku ya! Janji bahagia....hehehe

Read more...

2004 Pilihanku

>> Khamis, 10 April 2008

Semasa sehat dulu aku punya ramai rakan-rakan, rakan konvoiku, rakan pejabatku, rakan ditempat tinggalku dan paling ramai rakan-rakan reformasiku baik dari parti Pas mahupun Keadilan. Tiap-tiap minggu ada saja mesyuaratlah dan perjumpaanlah, ialah nak konon-kononnya nak mengatur strategi untuk pilihanraya 2004. Dalam Parti Keadilan aku diberi tugas sebagai Setiausaha dan AJK Bahagian Bukit Bintang. Dalam Pas pula aku ahli berdaftar, kalau boleh dalam DAP pun aku nak masuk, begitulah ekstrimnya aku. Mana saja ada ceramah politik di situ aku ada, Markas Pas Taman Melewar menjadi tempat kesukaanku, setiap minggu aku akan kesana.

Pada pilihanraya 1999, BN hampir-hampir tewas sampaikan Terengganu terpaksa berpindah kepada Pas. Dari tahun 2000 hingga tahun 2002 banyak pilihanraya keci di adakan. Di antara pilihanraya kecil yang aku pergi Sanggang, Pahang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan, Indera Kayangan, Perlis dan Bentong, Pahang, semuanya kalah, tapi piliharaya kecil di Lunas Keadilan menang tapi aku tak pergi pulak sebab bulan puasa. Perbelanjaan minyak, makan dan tempat tidur semua sendiri tanggung tak macam BN semuanya di tanggung.

Aku tak sabar-sabar nak tunggu tahun 2004, nak lawan BN….kononnya. Dalam bonet kereta bendera pembangkang sentiasa ada, kot-kot ada demontrasi terkejut, semua dah ready. Di rumah aku tak usah cakaplah, bendera parti Keadilan sentiasa berkibar kat atas rumah, naik lusuh bendera tuu, tiga tahun dok berkibar, peduli apa orang nak kata, over ke! gila ke! Aku tak usik orang…biar aku dengan duniaku.

Awal tahun 2001 aku beli kereta baru waja, bukan itu aje, aku siap booking special plet nombor untuk keretaku itu, fanatik katakan….WHY 2004 pilihanku!! bukan apa, nak kempen untuk pilihanraya tahun 2004, WHY itu macam satu pertanyaan ‘kenapa’ , dibawah plet nombor keretaku terpampang pulak sticker besar tertulis ‘2004 pilihanku’ dan termampang logo2 Barisan Alternative Keadilan, Pas, DAP dan PRM, di belakang cermin keretaku penuh dengan sticker2 pro pembangkang antaranya ‘Lawan Tetap Lawan’, ‘Dulu Umno sekarang Pas’, ‘Tegakkan Keadilan Hapuskan Kezaliman’, ‘Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka’, ‘I will fight from behind of iron grill’ macam-macam lagilah hingga ada jiran ku kata keretaku macam kereta ‘Hindu estet’, mungkin dia tuu orang Umno kot? Pernah satu ketika sedang aku memandu, sebuah kereta memotong keretaku lalu menunjuk isyarat lucah dan mengajak aku bertumbuk gara-gara plet dan logo di keretaku, pemandu tuu memang sah fanatik Umno, macam aku jugak!! hehehe. Bukan itu aje aku pernah menerima beberapa surat layang yang mengatakan aku nii anggota kumpulan anggota Mujahidin Malaysia(KMM), nak letak bomlah, senjatalah kat rumah aku…macam-macamlah.

Tahun 2004 kini tiba, 21 Mar 2004 pilihanraya yang aku nanti-nantikan pun tiba. Tapi apa dayaku, kini aku lumpuh dan terbaring di atas katil saja. Aku hanya dapat memandang dari kaca tv saja. Tidak seperti pilihanraya tahun 1999, tak duduk diam aku berkempen untuk memastikan Barisan Alernatif menang.

Kali ini aku terkulai lesu, tewas sebelum berjuang…….Aku sendiri-sendiri kali ini.

Kita merancang tuhan yang menentukan….

Read more...

Lawan Tetap Lawan

Malam tadi kat tv aku tengok Khairy menantu Pak Lah buat demontrasi. Stesyen tv siap tunjuk lagi, Kalau pembangkang buat demontrasi tak nak pula bagi publisiti.

Oophhh......aku kata aku kan berkecuali, apadeeii..tersasul.

Sebut pasal demontrasi ini aku ingin mengimbau kenangan berdemontrasi dulu. Seronok.......apa ker tidaknya bila di kejar sb/fru tak cukup kaki nak berlari....berani-berani takut....hehehe.

Kali pertama aku join demontrasi masa lepas habis sholat jumaat kat Masjid Negara tahun 1998. Masa tuu sedang hanggat isu Anwar Ibrahim. Selepas sholat mulalah bertakbir, slogan anti kerajaan bertaburan di kawasan masjid. Aku pun naik syok berdemontrasi, kejap lagi sepasukan polis/sb menyerbu masuk ke kawasan masjid, apa lagi aku dan rakan-rakan bertempiaran lari, rakanku sempat pula buat sholat sunat untuk mengelak diri dari di tangkap, aku pulak dengan berselipar jepun lari ke arah belakang masjid. Setengah jam kemudian kami berjumpa di kawasan parking kereta dan menceritakan gelagat masing-masing, kami ketawa sesama sendiri........itulah pengalaman manis pertama kali berdemontrasi...hehehe.

Hari-hari seterusnya aku semakin galak dan bersemangat berdemontrasi. Setiap petang Sabtu kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Komplek Sogo dan Masjid Kg. Baru menjadi tempat pilihanku. Gas pemedih mata dan pancutan air dari ‘water cannon’ dah jadi perkara biasa bagi kami semua. Beberapa siri demontrasi yang tak dapat aku lupakan hingga sekarang ialah peristiwa ’14 April’98’ atau di panggil ‘Black 14’, ‘Perhimpunan Kesas’ dan demontrasi ‘Apec’ 98’. Semua cerita ini pernah aku ceritakan di dalam blogku ini.

Semasa Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Negara-negara Commonwealth (Apec) tahun 1998 , semasa itu Naib Presiden US Al Gore dalam ucapannya menyokong tindakan reformasi yang di buat oleh rakyat Malaysia. Aku lupa ungkapannya, cuma yang aku ingat ungkapannya ‘We continue to hear calls for democracy, calls for "REFORMASI", people power, domoi (fight). We hear them today - right here, right now - among the brave people of Malaysia' hehehe....aku termasuk ker dalam rakyat malaysia yang berani bersuara....hahahaha....nak gelak.

Aku dan kawan-kawan menggambil peluang berdemontrasi di depan KLCC dimana tempat bermesyuarat delegasi Apecc. Petang itu aku bersama kira-kira tiga ratus orang berhimpun di depan KLCC dengan memakai reben putih tanda bantahan atas penangkapaan Anwar Ibrahim. Sedang asyik berdemontrasi rupanya kawasan itu telah di kelilingi oleh polis/sb. Seketika kemudian water cannon memuntahkan air nya kepada kami, apa lagi bertempiaran lari menyelamatkan diri. Masih aku inggat lagi aku merempuh kepungan polis dan lari ke dalam bangunan KLCC dan merempuh majlis hi-tea yang sedang di adakan di situ.

Beberapa rakanku tertangkap, antaranya Fadhil, yang ditahan. Buat rakan-rakanku Kak Habsah, Kak Tun, Nasir, Nora, Anuar, Tan , Shuhaimi, Zakir dan lain-lain teruskan perjuanganmu. Memori indah ini tak mungkin aku lupakan hingga akhir hayatku.

“Lawan Tetap Lawan”

Read more...

Selamat Hari Lahir DSAI

Selamat hari lahir buat Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada 10 Ogos yang lalu, rasanya masih belum terlewat ucapanku ini. Semoga DSAI di berkati Allah dan di panjang umur dan bahagia di sisi keluarga yang tercinta.
Teruskanlah suaramu dan perjuanganmu wahai DSAI demi membela bangsa dan menegakkan keadilan.
Aku masih ingat lagi di hari lahirmu yang ke 52 aku bersama-sama rakan dan kak Wan (Datin Seri) beramai-ramai berkumpul di depan mahkamah di Jalan Raja membawa sebiji kek buat DSAI sempena hari lahirmu. Kami sama-sama menyanyi dan mengucapkan 'Selamat Hari Jadi buat DSAI'
Di kesempatan ini juga akan ingin merakamkan ucapan terima kasih buat kak Wan, saudara Azmin, Ghani, Nasir, Tan, kak Ton, Nora dan beberapa rakan lain yang datang menziarahiku di ICU dulu. Baru saat ini dapat aku rakamkan dan zahirkan ucapan terima kasihku.
Masih aku ingat lagi kak Wan sempat mengajarku beberapa potong doa kepadaku untuk di amalkan.
Terima kasih semua dan selamat hari lahir buat DSAI....... idolaku.

Read more...

Merdeka

Sudah agak lama aku tak menulis cerita di komuniti OKU, bukan tak mahu menulis tapi aku rasakan kisah-kisahku tak sesuai dan tidak menarik untuk disiarkan di sini. Tapi sempena menyambut bulan kemerdekaan aku ingin memerdekan 'jari-jariku' dan mindaku seketika untuk berkongsi coretan berkaitan dengan Merdeka. Coretanku bukanlah berkaitan dengan kemerdekaan negara kita, kisah-kisah berkaitan begini boleh di dapati di laman-laman web dan akhbar.

Coretanku ini berkisar kepada slogan yang sering bersemadi di jiwaku iaitu 'Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka' yang sering dan setia bersamaku......ahha, ada juga perkataan Merdeka di situ. Slogan ini ku pinjam dan menjadi teman setiaku hampir enam tahun, slogan dan semangat yang ku pinjam dari pemimpin idolaku Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun beliau di kurung di sebalik tembok batu dan di pagari oleh gerigi-gerigi besi namun Minda, Jiwa dan Semangatnya bebas dan Merdeka. Dengan berbekalkan semangat, akhirnya setelah enam tahun merengkok di sebalik gerigi-gerigi besi, beliau bebas Merdeka seperti burung-burung yang berterbangan di angkasa.

Aku berharap semangat beliau ini dapat meresapi ke dalam jiwaku untuk aku terus memerdekan jiwaku dan mindaku dari terpenjara dan terbelengu dek perasaan sendiri. Aku berharap dan berdoa agar di suatu hari nanti aku juga akan bebas dan Merdeka seperti burung dan unggas yang bebas berterbangan ke sana dan ke sini di ruang angkasa.

Walaupun jasad ku terpenjara namun jiwaku bebas Merdeka.

Selamat meyambut hari kemerdekaan 31 Ogos 2006.

Merdeka..... Merdeka..... Merdeka

K@ssim Sel@m@t - @OKU 2002' Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka '

Read more...

Lambaian Kebebasan & Kemerdekaan

Wajah-wajah ceria dan lambaian-lambaian kebebasan dari DSAI yang aku simpan sebagai pemangkin semangat untuk aku turut sama bebas dan Merdeka dari belengu rasa dan perasaan.
Dulu sering aku meniru mengangkat dan melambaikan tanggan sepertinya, tapi kini aku tak berkemampuan berbuat begitu lagi. Entah mengapa kemerdekaan tahun ini menggembalikan nostalgiaku terhadap DSAI

Salam Reformasi
Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka

Lawan Tetap Lawan

Suara Rakyat Suara Keramat

Lagi Ditekan Lagi Melawan

Rakyat Hakim Negara


Tegakkan Keadilan

Hapuskan Kezaliman

I Will Fight From Behind of Iron Grill

Read more...

JasadTerpenjara Jiwa Merdeka

Ku ingin berjalan dan berlari,
merentas pelusuk negeri,
namun jasadku yang lesu dan layu,
dirantai di situ.

Terkaku aku lesu di situ,
menghitung waktu berlalu,
jiwaku menjerit dan meronta,
memekik, melaung minta merdeka.

Ku berharap ini hanya mimpi,
atau ilusi ngeri yang tak perlu ku hadapi,
namun segalanya jelas kini,ia adalah realiti,
yang perlu aku tempuhi.

Aku terpenjara pada jasad,
namun aku kuatkan tekad,
agar lebih bersemangat,
seperti DSAI yang hebat.

Aku bersyukur pada pencipta,
walau jasadku terpenjara,
namun jiwaku tetap merdeka.
-Azuna-

(sajak nukilan temanku Dayang Senandung)
Klik sini untuk mencari mimpi penuh ilusi melalui fantasi
azuna - Link Me To Your Weblog !!!

Read more...
Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP