Senyum Kambing ~ Petra vs RTM

>> Isnin, 28 April 2008


Raja Petra : Takda pun orang melayu orang cina nak bertetak parang. Hari ini cina,melayu, india sudah matang!

Raja Petra : Ini pemikiran komunis!. Apa yang you (pengacara) cakap ni pemikiran komunis. Komunis percaya kalau kita buka sangat akan berlaku tidak kestabilan.

Petikan hujah Raja Petra dari klip video yang ketiga. Pengacara terdiam bila Raja Petra mengatakan pemikirannya adalah pemikiran komunis.

Soalan² yang di lontarkan kepada Raja Petra mungkin datangnya dari orang kuat RTM sendiri. Mungkin juga soalan² yang di sediakan oleh Menteri Penerangannya, Sabrey Cheek. Pengacara cuma proksi saja dalam rancangan ini dan mengikut arahan orang atasannya.

Secara tidak langsung, pemikiran komunis yang di tujukan kepada pengacara oleh Raja Petra terkena batang hidung RTM, menteri penerangannya dan kerajaan. Alahai....kesiannya!

Artikel yang berkaitan boleh dibaca di sini.


Read more...

Gelita 14

>> Jumaat, 11 April 2008


Entri sempena mengingati ulangtahun ke 8 peristiwa 'Black 14'. Apa yang terjadi pada 14 April 1999? Layarilah kisah²ku di blog ini.

Klip video 'Laungan Reformasi' di sini. Kelibat tuan blog turut terakam di dalam klip video ini ketika berdemontrasi di hadapan KLCC semasa persidangan APPEC.

Read more...

Tarikh 4 April



Hero dan heroin jalanan. Mereka adalah di antara ribuan muka² yang berdemontrasi di jalanan. Ada di antaranya telah pergi buat selamanya.

***************

Hari ini 4 April 2008. Genap 9 tahun tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (dahulunya Parti Keadilan Nasional)

Pagi 4 April 1999, aku ke Hotel Rennaisance Jalan Ampang menghadiri perasmian parti. Meriah dan bersemangat hari itu. Pendaftaran keahlian di buka hari itu. Dan aku di antara ribuan penyokong DSAI yang mendaftar keahlian hari itu.

Selepas tamat majlis perasmian, dengan di ketuai oleh 'srikandi' Nora kami melaungkan slogan 'Reformasi' di hadapan hotel tersebut. Bersemangat kami!

Antara slogan yang kami laungkan "Hancur² hancur Umno" & "Yang kaya bertambah kaya, Yang miskin papa kedana" & "Bila untung kasik Renung, Bila rugi rakyat tanggung...Reformasi!".

Kami bersurai selepas beberapa seketika berdemontrasi di hadapan hotel.

Tak sangka parti yang ditubuhkan 9 tahun lalu kini berjaya menerajui beberapa buah negeri. Agak terkilan juga hatiku kerana tak dapat meraikan di luar sana ketika parti di ambang kejayaan semasa PRU tempohari.


Kenanganku..."Kad keahlianku & Gambar reformasi".
Cerita berkaitan April di sini.

Ks - Biarkan lah aku dengan kenangan dan Nostalgiaku ya! Janji bahagia....hehehe

Read more...

2004 Pilihanku

>> Khamis, 10 April 2008

Semasa sehat dulu aku punya ramai rakan-rakan, rakan konvoiku, rakan pejabatku, rakan ditempat tinggalku dan paling ramai rakan-rakan reformasiku baik dari parti Pas mahupun Keadilan. Tiap-tiap minggu ada saja mesyuaratlah dan perjumpaanlah, ialah nak konon-kononnya nak mengatur strategi untuk pilihanraya 2004. Dalam Parti Keadilan aku diberi tugas sebagai Setiausaha dan AJK Bahagian Bukit Bintang. Dalam Pas pula aku ahli berdaftar, kalau boleh dalam DAP pun aku nak masuk, begitulah ekstrimnya aku. Mana saja ada ceramah politik di situ aku ada, Markas Pas Taman Melewar menjadi tempat kesukaanku, setiap minggu aku akan kesana.

Pada pilihanraya 1999, BN hampir-hampir tewas sampaikan Terengganu terpaksa berpindah kepada Pas. Dari tahun 2000 hingga tahun 2002 banyak pilihanraya keci di adakan. Di antara pilihanraya kecil yang aku pergi Sanggang, Pahang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan, Indera Kayangan, Perlis dan Bentong, Pahang, semuanya kalah, tapi piliharaya kecil di Lunas Keadilan menang tapi aku tak pergi pulak sebab bulan puasa. Perbelanjaan minyak, makan dan tempat tidur semua sendiri tanggung tak macam BN semuanya di tanggung.

Aku tak sabar-sabar nak tunggu tahun 2004, nak lawan BN….kononnya. Dalam bonet kereta bendera pembangkang sentiasa ada, kot-kot ada demontrasi terkejut, semua dah ready. Di rumah aku tak usah cakaplah, bendera parti Keadilan sentiasa berkibar kat atas rumah, naik lusuh bendera tuu, tiga tahun dok berkibar, peduli apa orang nak kata, over ke! gila ke! Aku tak usik orang…biar aku dengan duniaku.

Awal tahun 2001 aku beli kereta baru waja, bukan itu aje, aku siap booking special plet nombor untuk keretaku itu, fanatik katakan….WHY 2004 pilihanku!! bukan apa, nak kempen untuk pilihanraya tahun 2004, WHY itu macam satu pertanyaan ‘kenapa’ , dibawah plet nombor keretaku terpampang pulak sticker besar tertulis ‘2004 pilihanku’ dan termampang logo2 Barisan Alternative Keadilan, Pas, DAP dan PRM, di belakang cermin keretaku penuh dengan sticker2 pro pembangkang antaranya ‘Lawan Tetap Lawan’, ‘Dulu Umno sekarang Pas’, ‘Tegakkan Keadilan Hapuskan Kezaliman’, ‘Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka’, ‘I will fight from behind of iron grill’ macam-macam lagilah hingga ada jiran ku kata keretaku macam kereta ‘Hindu estet’, mungkin dia tuu orang Umno kot? Pernah satu ketika sedang aku memandu, sebuah kereta memotong keretaku lalu menunjuk isyarat lucah dan mengajak aku bertumbuk gara-gara plet dan logo di keretaku, pemandu tuu memang sah fanatik Umno, macam aku jugak!! hehehe. Bukan itu aje aku pernah menerima beberapa surat layang yang mengatakan aku nii anggota kumpulan anggota Mujahidin Malaysia(KMM), nak letak bomlah, senjatalah kat rumah aku…macam-macamlah.

Tahun 2004 kini tiba, 21 Mar 2004 pilihanraya yang aku nanti-nantikan pun tiba. Tapi apa dayaku, kini aku lumpuh dan terbaring di atas katil saja. Aku hanya dapat memandang dari kaca tv saja. Tidak seperti pilihanraya tahun 1999, tak duduk diam aku berkempen untuk memastikan Barisan Alernatif menang.

Kali ini aku terkulai lesu, tewas sebelum berjuang…….Aku sendiri-sendiri kali ini.

Kita merancang tuhan yang menentukan….

Read more...

Lawan Tetap Lawan

Malam tadi kat tv aku tengok Khairy menantu Pak Lah buat demontrasi. Stesyen tv siap tunjuk lagi, Kalau pembangkang buat demontrasi tak nak pula bagi publisiti.

Oophhh......aku kata aku kan berkecuali, apadeeii..tersasul.

Sebut pasal demontrasi ini aku ingin mengimbau kenangan berdemontrasi dulu. Seronok.......apa ker tidaknya bila di kejar sb/fru tak cukup kaki nak berlari....berani-berani takut....hehehe.

Kali pertama aku join demontrasi masa lepas habis sholat jumaat kat Masjid Negara tahun 1998. Masa tuu sedang hanggat isu Anwar Ibrahim. Selepas sholat mulalah bertakbir, slogan anti kerajaan bertaburan di kawasan masjid. Aku pun naik syok berdemontrasi, kejap lagi sepasukan polis/sb menyerbu masuk ke kawasan masjid, apa lagi aku dan rakan-rakan bertempiaran lari, rakanku sempat pula buat sholat sunat untuk mengelak diri dari di tangkap, aku pulak dengan berselipar jepun lari ke arah belakang masjid. Setengah jam kemudian kami berjumpa di kawasan parking kereta dan menceritakan gelagat masing-masing, kami ketawa sesama sendiri........itulah pengalaman manis pertama kali berdemontrasi...hehehe.

Hari-hari seterusnya aku semakin galak dan bersemangat berdemontrasi. Setiap petang Sabtu kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Komplek Sogo dan Masjid Kg. Baru menjadi tempat pilihanku. Gas pemedih mata dan pancutan air dari ‘water cannon’ dah jadi perkara biasa bagi kami semua. Beberapa siri demontrasi yang tak dapat aku lupakan hingga sekarang ialah peristiwa ’14 April’98’ atau di panggil ‘Black 14’, ‘Perhimpunan Kesas’ dan demontrasi ‘Apec’ 98’. Semua cerita ini pernah aku ceritakan di dalam blogku ini.

Semasa Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Negara-negara Commonwealth (Apec) tahun 1998 , semasa itu Naib Presiden US Al Gore dalam ucapannya menyokong tindakan reformasi yang di buat oleh rakyat Malaysia. Aku lupa ungkapannya, cuma yang aku ingat ungkapannya ‘We continue to hear calls for democracy, calls for "REFORMASI", people power, domoi (fight). We hear them today - right here, right now - among the brave people of Malaysia' hehehe....aku termasuk ker dalam rakyat malaysia yang berani bersuara....hahahaha....nak gelak.

Aku dan kawan-kawan menggambil peluang berdemontrasi di depan KLCC dimana tempat bermesyuarat delegasi Apecc. Petang itu aku bersama kira-kira tiga ratus orang berhimpun di depan KLCC dengan memakai reben putih tanda bantahan atas penangkapaan Anwar Ibrahim. Sedang asyik berdemontrasi rupanya kawasan itu telah di kelilingi oleh polis/sb. Seketika kemudian water cannon memuntahkan air nya kepada kami, apa lagi bertempiaran lari menyelamatkan diri. Masih aku inggat lagi aku merempuh kepungan polis dan lari ke dalam bangunan KLCC dan merempuh majlis hi-tea yang sedang di adakan di situ.

Beberapa rakanku tertangkap, antaranya Fadhil, yang ditahan. Buat rakan-rakanku Kak Habsah, Kak Tun, Nasir, Nora, Anuar, Tan , Shuhaimi, Zakir dan lain-lain teruskan perjuanganmu. Memori indah ini tak mungkin aku lupakan hingga akhir hayatku.

“Lawan Tetap Lawan”

Read more...

Selamat Hari Lahir DSAI

Selamat hari lahir buat Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada 10 Ogos yang lalu, rasanya masih belum terlewat ucapanku ini. Semoga DSAI di berkati Allah dan di panjang umur dan bahagia di sisi keluarga yang tercinta.
Teruskanlah suaramu dan perjuanganmu wahai DSAI demi membela bangsa dan menegakkan keadilan.
Aku masih ingat lagi di hari lahirmu yang ke 52 aku bersama-sama rakan dan kak Wan (Datin Seri) beramai-ramai berkumpul di depan mahkamah di Jalan Raja membawa sebiji kek buat DSAI sempena hari lahirmu. Kami sama-sama menyanyi dan mengucapkan 'Selamat Hari Jadi buat DSAI'
Di kesempatan ini juga akan ingin merakamkan ucapan terima kasih buat kak Wan, saudara Azmin, Ghani, Nasir, Tan, kak Ton, Nora dan beberapa rakan lain yang datang menziarahiku di ICU dulu. Baru saat ini dapat aku rakamkan dan zahirkan ucapan terima kasihku.
Masih aku ingat lagi kak Wan sempat mengajarku beberapa potong doa kepadaku untuk di amalkan.
Terima kasih semua dan selamat hari lahir buat DSAI....... idolaku.

Read more...

Merdeka

Sudah agak lama aku tak menulis cerita di komuniti OKU, bukan tak mahu menulis tapi aku rasakan kisah-kisahku tak sesuai dan tidak menarik untuk disiarkan di sini. Tapi sempena menyambut bulan kemerdekaan aku ingin memerdekan 'jari-jariku' dan mindaku seketika untuk berkongsi coretan berkaitan dengan Merdeka. Coretanku bukanlah berkaitan dengan kemerdekaan negara kita, kisah-kisah berkaitan begini boleh di dapati di laman-laman web dan akhbar.

Coretanku ini berkisar kepada slogan yang sering bersemadi di jiwaku iaitu 'Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka' yang sering dan setia bersamaku......ahha, ada juga perkataan Merdeka di situ. Slogan ini ku pinjam dan menjadi teman setiaku hampir enam tahun, slogan dan semangat yang ku pinjam dari pemimpin idolaku Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun beliau di kurung di sebalik tembok batu dan di pagari oleh gerigi-gerigi besi namun Minda, Jiwa dan Semangatnya bebas dan Merdeka. Dengan berbekalkan semangat, akhirnya setelah enam tahun merengkok di sebalik gerigi-gerigi besi, beliau bebas Merdeka seperti burung-burung yang berterbangan di angkasa.

Aku berharap semangat beliau ini dapat meresapi ke dalam jiwaku untuk aku terus memerdekan jiwaku dan mindaku dari terpenjara dan terbelengu dek perasaan sendiri. Aku berharap dan berdoa agar di suatu hari nanti aku juga akan bebas dan Merdeka seperti burung dan unggas yang bebas berterbangan ke sana dan ke sini di ruang angkasa.

Walaupun jasad ku terpenjara namun jiwaku bebas Merdeka.

Selamat meyambut hari kemerdekaan 31 Ogos 2006.

Merdeka..... Merdeka..... Merdeka

K@ssim Sel@m@t - @OKU 2002' Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka '

Read more...

Lambaian Kebebasan & Kemerdekaan

Wajah-wajah ceria dan lambaian-lambaian kebebasan dari DSAI yang aku simpan sebagai pemangkin semangat untuk aku turut sama bebas dan Merdeka dari belengu rasa dan perasaan.
Dulu sering aku meniru mengangkat dan melambaikan tanggan sepertinya, tapi kini aku tak berkemampuan berbuat begitu lagi. Entah mengapa kemerdekaan tahun ini menggembalikan nostalgiaku terhadap DSAI

Salam Reformasi
Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka

Lawan Tetap Lawan

Suara Rakyat Suara Keramat

Lagi Ditekan Lagi Melawan

Rakyat Hakim Negara


Tegakkan Keadilan

Hapuskan Kezaliman

I Will Fight From Behind of Iron Grill

Read more...

JasadTerpenjara Jiwa Merdeka

Ku ingin berjalan dan berlari,
merentas pelusuk negeri,
namun jasadku yang lesu dan layu,
dirantai di situ.

Terkaku aku lesu di situ,
menghitung waktu berlalu,
jiwaku menjerit dan meronta,
memekik, melaung minta merdeka.

Ku berharap ini hanya mimpi,
atau ilusi ngeri yang tak perlu ku hadapi,
namun segalanya jelas kini,ia adalah realiti,
yang perlu aku tempuhi.

Aku terpenjara pada jasad,
namun aku kuatkan tekad,
agar lebih bersemangat,
seperti DSAI yang hebat.

Aku bersyukur pada pencipta,
walau jasadku terpenjara,
namun jiwaku tetap merdeka.
-Azuna-

(sajak nukilan temanku Dayang Senandung)
Klik sini untuk mencari mimpi penuh ilusi melalui fantasi
azuna - Link Me To Your Weblog !!!

Read more...

Lamunan Terhenti

Siaran ulangan. Entri bertarikh 5 Jan'07.


Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Salam Jumaat buat penggunjung blogku. Hari Jumaat pertama di minggu pertama di tahun 2007. Aku kira ‘jariku’ ini sudah tidak berminat lagi untuk menghentakkan jejarinya di di papan kekunci, hati pula seakan merudum untuk meluahkan isi hati. Sudah banyak diari kehidupanku di luahkan dan dipaparkan di sini. Aku kira sudah lengkap nostalgia kehidupanku di imbas dan di perwatakan kembali. Pada mulanya aku berkira di tahun baru ini aku ingin membisu dan merehatkan jari dan memoriku. Namun tidak…jariku masih belum puas menghentak meluahkan isi hati pemiliknya. Nostalgiaku masih belum berakhir untuk mengisi ruang-ruang kosong di blogku……teruskan hentakanmu wahai jari jemariku.

Baru sebentar tadi laungan azan sholat Jumaat berkumandang ke udara. Aku hanya dapat mendengar dengan perasaan pilu. Sudah lima tahun aku tidak berupaya ke masjid bersholat Jumaat. Kadang-kadang perasaan kecilku terasa ingin meronta-ronta minta dibebasan, terlalu awal rasanya jasadku terpenjara. Orang sibuk bersiap-siap untuk ke masjid aku pula terbaring kaku menunggu tamatnya sessi rawatan harianku iaitu‘ngereng’. Terkenang aku semasa sehat dahulu waktu-waktu begini aku bergegas ke masjid. Walaupun masjid Bukit Damansara berdekatan pejabatku tetapi Masjid Negara menjadi pilihanku. Masjid yang penuh dengan nostalgia buat diriku.

“Ain sudah pukul 4.00 petang, abang sudah enam jam mengngereng , tidak tahan lagi sakitnya bahu ini,” sambil meminta isteriku melentangkan badanku.

Seperti biasa isteriku memusingkan kedudukan badanku sambil membetulkan cadar dan kain yang menutup tubuhku.

“Bolehkah apa sholat hari ini,” tanyaku pada isteriku.
“Macamana hendak sholat, kencing baru hendak elok sudah tersumbat kembali.”
“Luka ini pun sudah kembali hitam, kena panggil doktor pereksa semula,”kata isteriku.
“Penat dan sia-sia sahaja abang menggereng selama tiga bulan, dagingnya rosak kembali,”kataku dengan nada hampa.
“Ain pun penat merawatnya bang, kali ini biar Ain saja yang menggunting dan membuang daging yang rosak itu.”
“Uik jangan buat pasal nanti lain jadinya,”kataku padanya.

Inilah kesannya bilamana aku duduk dalam tempoh yang terlalu lama mahupun di katil atau pun di atas kerusi roda. Di majlis perkahwinan yang baru berlangsung minggu lepas, aku paksakan diriku untuk duduk bersama dengan tetamu-tetamu yang hadir. Memang telah di jangka kesan ini akan berlaku.

Kembali kepada cerita masjid, selain dari Masjid Negara aku punya banyak kenangan di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur. Diantara masjid yang menyimpan memoriku ialah Masjid Kg. Baru dan Masjid Jamek yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Masjid Negara memang menjadi pilihanku setiap kali bersholat Jumaat. Di sebelah belakang kawasan di luar masjid terdapat deretan gerai-gerai menjual makanan setiap hari Jumaat untuk para jemaah. Aku gemar menjamu selera dan mata di sini sebelum tiba masuk waktu sholat Jumaat. Berbagai-bagai barang-barang terdapat di sini, daripada pakaian, aksoseri telefon bimbit, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Antara barang-barang yang sempatku beli di sini dahulu ialah jeket kulit untuk tujuan menunggang motorsikal, teropong besar untuk aku bawa ke ‘reformasi’, kain tudung untuk isteriku dan alat-alat silap mata untuk aku pertontonkan kepada staff-staffku (di lain kesempatan akan aku ceritakan). Sambil menyelam sambil minum air, itulah aku.

Di Masjid Negara ini juga semangat ‘reformasiku’ bermula dan bersemai. Di sini juga perhimpunan gerakan reformasi besar-besaran bermula. Di sini aku menyaksikan dan merasai kepedihan gas pemedih mata yang di tujukan dan disasarkan kepada kami yang berhimpun di dalam kawasan masjid. Di sini juga aku berlari di dalam masjid tanpa menanggalkan kasut apabila di kejar dan di hambat oleh pehak polis dan FRU dan di sini juga aku bersama reformis yang lain bersholat hajat di imamkan untuk kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kini semua tinggal kenang-kenangan buatku. Aku kini tidak sekuat dan tidak sehebat dahulu lagi yang boleh berlari ke sana dan ke sini, kini aku tersungkur layu menanti waktu.

Masjid Jamek yang terletak diantara dua batang sungai

Masjid Jamek yang terletak di tengah kota tersergam indah terbina diantara dua batang sungai, Sungai Gombak dan Sungai Klang. Masih aku ingat lagi pada 17 April 1999, tiga hari selepas DSAI dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, aku bersama ratusan reformis dan pelajar-pelajar IPTA berkumpul dan besholat Asar di sini sebelum memulakan demontrasi di sekitar jalan di Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja imam habis memberi salam kami dikejutkan dengan pembesar suara oleh pehak polis. Kami di minta agar menggosongkan kawasan masjid dengan segera. Di kiri dan kanan sungai, hanya satu laluan yang ada iatiu pintu besar hadapan yang telah siap sedia menunggu anggota polis dan FRU. Aku melihat ada di antara kami yang cuba berlari dan menyorok di dalam tandas dan ada yang memanjat kubah menyorok di atasnya….sungguh gawat ketika itu.

Aku perhatikan dari dalam masjid, seorang demi seorang jemaah dipereksa ketika keluar dari pintu tersebut. Ada yang dilepaskan dan ramai juga yang terkantoi. Dua buah trak polis bersedia menunggu menggangkut mereka yang terkantoi.

Amaran terakhir dikeluarkan agar semua jemaah yang di dalam masjid keluar. Aku tiada pilihan lain dan terpaksa keluar, di dalam hati kecil berkata “ Habislah aku kali ini, tertangkap”.

Sedang aku berjalan keluar aku ternampak pasangan suami isteri bersama-sama tiga orang anak-anak mereka sedang bersiap untuk keluar dari masjid. Aku meminta izin dari ayahnya untuk memimpin salah seorang anaknya, seolah-olah aku adalah ahli keluarganya. Aku bernasib baik kerana pasangan suami tersebut agak memahami situasiku. Sesampai di pintu, aku di pandang dari atas dan bawah oleh polis tersebut. Aku dilepaskan kerana pada sangkaan mereka aku berkeluarga dan tidak terlibat dalam demontasi yang bakal di adakan.

Aku tersenyum lega kerana berjaya melepasi sekatan polis. Sebagai menghargai pasangan suami isteri tersebut aku menghadiahkan topi yang baruku beli dan pakai hari itu. Peribahasa ada mengatakan ‘Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga’. Tetapi hari itu peribahasa ini tidak menjadi dan tidak terbias pada diriku. Aku bukan tupai yang tewas jatuh ke bumi tetapi masih 'Sang Kancil' yang penuh dengan tipu helah. Ramai rakan-rakanku yang tertangkap dan menaiki trak dengan ‘percuma’ petang itu...hehehe.

Tentang Masjid Kg. Baru, telah aku ceritakan serba sedikit pada coretanku yang lalu bertarikh 10 Oktober ‘Kenangan Lalu’. Banyak peristiwa manis yang aku lalui di sini. Selain terkenal dengan kehebatan ‘bubur lambuknya’, di masjid ini juga terpahat kenangan pahit manis di zaman kegawatan politik. Di sini boleh di katakan kubu kuat gerakan reformasi. Setiap petang Sabtu ‘tanpa gagal’ aku pasti ke sini bersama-sama menyemarakan api reformasi. Di sinilah ‘laungan Reformasi’ sering kedengaran dan di masjid inilah teriakan dan laungan ‘Takbir’ bergema setiap kali demontrasi di adakan. Kini semuanya tinggal kenangan, Masjid Kg. Baru tersergam indah sedangkan aku semakin lesu di tasik madu.

Jauh sungguh lamunanku petang ini, bermula dari sholat Jumaat melalut-lalut hingga ke zaman reformasi. Biarlah ‘lamunanku terhenti’di sini.

Read more...

Dari Sanggang Ke Indera Kayangan

Pilihanraya kecil Batu Talam akan di adakan lebih kurang dua minggu lagi. Aku teringat nostalgia semasa aku berkempen untuk pilihanraya-pilihanraya kecil Sanggang, Telok Kemang, Betong dan akhir sekali Indera Kayangan, Perlis.

Di pilihanraya Lunas, aku tidak pergi berkempen kerana tiada dapat cuti dan di adakan pula di bulan ramadhan. Memang amat menyeronokkan pergi berkempen di setiap pilihanraya. Di setiap pilihanraya ada tersisip kenangan pahit manis buatku.

Kerusi parlimen Indera Kayangan, Perlis merupakan negeri terakhir aku berkempen sebelum aku jatuh sakit. Semasa pilihanraya kecil Pendang di Kedah, aku sedang terlantar sakit di hospital. Walaupun sedang sakit aku turut ke sana berkempen tetapi melalui mimpiku, ekstremnya aku.....hehehe.

"Bila untung kasik Renong, bila rugi rakyat tanggung" , "Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana....reformasi!!," antara slogan reformasi yang masih aku ingat.

Gambar dari lensa kameraku yang sempat aku rakam di beberapa lokasi di zaman Reformasi.

Double klik untuk besarkan gambar.

Gambar semasa pilihanraya kecil Sanggang, Pahang Jan'2000. Aku yang memegang bendera DAP. Kenapa aku memegang bendera DAP? Pertama nak menarik kaum cina supaya menyokong calon Pas. Kedua sebab aku tidak pernah naik roket!! hehehe. Baju yang aku pakai pun berlambangkan bendera-bendera parti pembangkang. Beli pakai duit sendiri, sponsor-sponsor tak mainlah. Menyokong parti pembangkang tidak bererti menjadi pembelot negara....Malaysia negara demokrasi.

Gambar Tian Chua di tangkap pada hari kes rayuan Dato Seri Anuar Ibrahim. Gambar aku rakam di belakang Bangunan HSBC Jalan Benteng. Semasa merakamkan gambar ini aku turut di sergah oleh SB.....kus semangat!!! aku lari tidak cukup tapak..ekekeke.

Gambar Gobalakrishnan di tangkap di depan Mahkamah Seysen, Kuala Lumpur. Demontrasi di adakan pada hari pendengaran perbicaraan reformis-reformis yang tertangkap.

hehehe...ini gambar aku yang memakai vest hitam sedang bersalaman dengan anggota polis. Ada satu ketika aku pernah di maki oleh pendemotrasi yang menyangka aku polis (SB). Aku suka membawa beg sendeng ala-ala SB setiap kali menyertai demontrasi. Apa yang ada dalam beg itu? bekal nasik ke? hehehe....ada kamera dan teropong ler. Gambar di ambil di depan Kementerian Kewangan, Jalan Duta. Demontrasi dan protes berkaitan isu royalti minyak bersama rakyat Terengganu... .....na na na na Ganu kite.

Gambar pembebasan Hj. Mahfuz Omar di Penjara Kajang yang sempat aku rakam. Jika tidak silap pembebasan di buat di hari Jumaat bulan ramadhan. Bulan puasa pun reformasi tetap di teruskan. Hari itu aku berkonvoi 'merempet' dari Kajang ke Taman Melewar....sungguh meriah.

Gambar-gambar ini sekadar 'nostalgia' buat diriku tiada niat untuk menghasut mahu pun memfitnah. Aku banyak menyimpan koleksi gambar di zaman reformasi yang aku rakam sendiri dari kameraku.

Zaman reformasi sudah berlalu, teman-teman reformis sudah lama meninggalkan aku. Kini aku sendirian meneruskan perjuanganku. Perjuangan menempuh hari-hari seterusnya sebagai OKU.

Perjuangan yang belum selesai.............

Read more...

Mood Demontrasi, Sekadar Nostalgia


Gambar di ambil dari web Tian Chua

Entah mengapa dalam seminggu ini jariku banyak menjurus melayari laman-laman web pro Barisan Alternatif. Aku lebih suka menyebut Barisan Alternatif daripada menyebut Parti Pembangkang.

Dari satu web ke satu web aku merayau-rayau untuk mendapatkan berita dan gambaran. Dari isu kenaikan Tol, isu kenaikan petrol hingga isu terhangat masa kini ‘Pemboikotan’ pilihanaraya kecil Batu Talam’, semuanya aku terjah masuk.


Beberapa web tv alternatif membuat aku tercongok menghabiskan masa melihat, mendengar dan mentafsir. Siri ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkenaan kempen pemboikotan di Batu Talam amat menarik sekali untuk didengar dan difikirkan. Berbagai isu rakyat di kupas oleh beliau, memang hebat DSAI ini. Di sini tidak perlu aku perincikan secara detail isu-isu yang di perkataan olih DSAI kerana blogku bukanlah blog politik.


Gambar di ambil dari web Tian Chua


Paling aku tertarik web WTV8, menunjukkan demontrasi membantahkan kenaikan tol di tol Sunway. Emm…hilang rindu bila dapat melihat wajah-wajah temanku disitu. Terasa mahu saja aku bangkit dari katil ini untuk turut sama berdemontrasi. Turut sama dalam demontrasi itu ialah Syed Sharir, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr. Badrulamin, Mat Sabu, Hj. Mahfuz Omar, Tian Chua dan ramai lagi.


Aku tersenyum-senyum teringat zamanku dahulu yang turut sama berdemontrasi. Antara ungkapan yang menarik dan mengimbau nostalgiaku yang di laungkan oleh pendemontrasi di situ ialah

TOL ‘Tipu Orang Lagi’ ‘Hidup..hidup..hidup rakyat, tolak..tolak..tolak..BX,’ yang dilaung berulang kali.

Oleh kerana seronok dan teruja dengan aksi-aksi yang di tunjukkan oleh pendemontrasi, aku memangil anakku Indah untuk turut berkongsi mengimbau pengalaman bersamanya dahulu ketika berdemontrasi di depan Sogo dan di hadapan Balai Polis Dang Wangi. Ketiga tiga anakku termasuk isteriku pernah bersamaku berdemontrasi satu ketika dahulu….hehehe…satu famili kaki reformasi.

“Apalah ayah, cakap tak serupa bikin, kata tak mahu lagi terlibat dengan politik.”
“Merajuk kononnya dahulu,” kata Indah merujuk kepada kenyataanku satu masa dahulu yang agak kecewa dan merajuk dengan Barisan Alternatif.

Aku hanya tersenyum simpul mendengar kata-katanya dan terus menonton WTV8

  • Read more...

    Laungan Reformasi Menggamitku

    Dua tiga hari yang lalu dalam permusafiranku, aku bertemu klip video ‘Laungan Reformasi’ detik-detik penangkapan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan era kebangkitan Reformasi. Koleksi VCD nya pernahku simpan satu ketika dahulu tetapi kini hilang entah kemana.

    Tiba-tiba semangat reformasiku meresap kembali ke jiwaku bila melihat video itu. Rindu pada rakan-rakan reformasi terubat jua. Banyak detik-detik menarik yang pernahku ceritakan sebelum ini di rakam di dalam video selama 57 minit itu.

    Detik bersalaman dengan DSAI di rumahnya beberapa hari sebelum ditangkap menjadi memori indah buatku. Aku terpegun petang itu bila DSAI keluar bersalaman dengan para penyokongnya. Aku bukan hanya terpegun dengan ketampannya tetapi terpegun dengan karismanya sebagai pejuang.

    Adegan kejar mengejar di dalam Masjid Negara yang pernah aku ceritakan sebelum ini ada di tunjukkan di dalam video ini. Peristiwa demontrasi di depan KLCC yang mana aku hampir tertangkap pun turut di muatkan. Yang lebih manis dan nostalgia buatku, kelibatku turut sama terakam.

    Kejadian di mana anggota polis yang menyamar sebagai jurugambar menggamit kenanganku. Malam itu kami beramai-ramai berdemontrasi di hadapan Masjid Kg. Baru selepas sholat Isyak. Memang menjadi kebiasaan para jurugambar akhbar mahu pun tempatan dan CNN akan merakamkan gambar-gambar pendemontrasi untuk di muatkan dalam berita mereka.

    Dalam ratusan jurugambar itu terdapat juga anggota-anggota polis yang turut sama merakamkan gambar pendemontrasi. Entah bagaimana kehadiran mereka di sedari oleh beberapa orang pendemontrasi dan mereka cuba merampas alat kamera dari polis tersebut. Dalam adegan tolak menolak itu anggota polis tersebut terpaksa menggeluarkan pistolnya untuk mempertahankan diri. Apa yang membuat aku tersenyum pendemotrasi bukan takut malah menyelubungkan mereka dengan kain banner. Ketika itu aku berada beberapa meter sahaja dengan mereka dan dapat saksikan apa yang berlaku.

    Dalam video ini terdapat beberapa slogan yang diucapkan oleh DSAI yang sering aku dan teman-temanku laungkan. Antaranya ialah ;

    “Kita lawan, tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan, Lawan Tetap Lawan.”

    Untuk saksikan video dan menghayati detik penuh trajidis ini, bolehlah ke blog DSAI atau klik di sini
    Laungan Reformasi


    Ceritaku ini sekadar Nostalgia, tiada niat untuk menghasut atau memfitnah sesiapa.

    Read more...

    Catatan 17 April

    Tarikh-tarikh 4 April’1999, 14 April’1999 dan 17 April’1999 tidak pernah aku lupa setiap kali hadirnya di dalam kalendar hidupku. Walaupun diriku sudah semakin jauh dengan detik-detik itu dan diri ini semakin hilang dari ingatan mereka, tetapi sesungguhnya aku tidak pernah melupakannya.

    Adakalanya aku merasakan diri ini ibarat ‘Pungguk rindukan bulan’, sedangkan bulan langsung tidak menghiraukan rindu si pungguk. Bulan yang suatu masa dahulu gerhana kini kembali menyinar. Di kelilingi oleh kicauan dan siulan burung-burung yang cantik berbanding si pungguk. Aku hanya si pungguk yang hodoh, yang tetap setia merindui bulan…entah sampai bila?

    “Ooh burung pungguk, malang nasibmu, rupamu buruk tak siapa yang mahu,”antara lirik lagu Dato Sharifah Aini bercerita tentang nasib si burung pungguk.

    17 April 1999 tiga hari selepas ‘Black 14’. Aku di maklumkan bahawa satu demontrasi besar-besaran akan di adakan di sekitar pusat bandar anjuran pelajar IPTA dan IPTS. Aku pun tidak mahu ketinggalan ingin turut serta. Se awal waktu zohor aku sudah berada di dalam Masjid Jamek bersama-sama rakan-rakan yang lain.

    Ramai sungguh jemaah petang itu. Sementara menanti masuknya waktu Asar kami berbual-bual dan berkenal-kenalan. Pandang memandang antara satu sama lain. Perasaan curiga mencurigai tetap bermain di hati, manalah tahu takut-takut ada di antara kami bukan pendemontrasi tetapi angota polis. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah banyak kali kami lalui.

    Selepas selesai sholat Asar, kedengaran pembesar suara dari luar masjid mengarahkan kami keluar dari kawasan masjid. Di luar telah bersiap sedia sepasukan polis dengan dua buah trak sedia menggangkut kami. Ramai rakan-rakan yang terkantoi, aku bernasib baik terlepas dari pemereksaan polis. Bagaimana aku terlepas? bacalah catatanku yang terdahulu di sini
    Masjid Jamek
    Setelah pehak polis beredar kami berkumpul semula. Bermula dari Pasar Seni kami berarak beramai-ramai melalui perhentian Bas Stand Kelang, Jalan Cheng Lok menuju ke Puduraya. Sambil berarak kami menyanyikan lagu patriotik ‘Barisan Kita’ yang telah di ubah suai liriknya. Antara liriknya ‘Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, menuju REFORMASI’.

    Sesampai di depan Puduraya, helikopter polis pun berlegar-legar di ruang udara memantau pergerakan kami. Kami teruskan perarakan sehingga di depan hotel Swiss Garden di Jalan Pudu. Seperti yang di jangka, sepasukan FRU tiba untuk menyuraikan kami. Seperti biasa kami bertaburan lari menyelamatkan diri, lari bukan kerana takut tetapi lari mengatur strategi….hehehe.

    Kami berkumpul semula di Masjid Kg. Baru untuk memulakan demontrasi pada malamnya. Inilah coretan dan kenanganku pada 17 April 1999, kira-kira lapan tahun yang lalu. Kini semua tinggal kenangan buatku, aku kini tidak sekuat dahulu dan tidak mampu berlari seperti dahulu lagi.

    04 April’1999 - Penubuhan Parti Keadilan.
    14 April’1999 - Tarikh jatuh hukuman DSAI dan tarikh ‘Black 14’.
    19 April’1999 - Demontrasi.

    Read more...

    Jasadku Terpenjara Jiwaku Merdeka

    Untuk teman-teman blogku, beginilah kehidupan seharianku, terbaring dan mengereng...tentu jemukan? Nasib baik laptop di sisi pengubat jemuku. Dalam posisi beginilah aku menyentuh keyboard dan touch pad merayau dari satu blog ke satu blog.

    Plastik yang tergantung pada mula video ini adalah beg kencingku...apalah anakku tidak ada gambar lain ke nak di fokus.

    Wayar-wayar yang beselirat di lantai itu ialah wayar/motor tilam anginku (ripple mattress) dan wayar laptopku.

    Di dinding bingkai gambar tertera '2004 pilihan kita', ini adalah koleksi gambar-gambar reformasiku. 2004 adalah tahun pilihanraya umum di adakan. Sempena menanti kedatangan tahun 2004 aku sempat menempah plet kereta bernombor 2004. Terdapat gambar keretaku berplet 2004 dan gambar aku bersama Viragoku. semasa zaman reformasi. Banyak koleksi gambar-gambar demontrasi yang aku sertai.



    Telah 5 tahun koleksi gambar-gambar itu berada setia di sisi katilku. Walaupun aku telah lama hilang dari ingatan mereka (Keadilan) tetapi aku tidak pernah melupakan mereka.



    'Jasadku Terpenjara Jiwaku Merdeka'



    Sekiranya video ini tidak dapat di lihat, harap di beritahu padaku

    Read more...

    Terima Kasih Kak Wan

    Senyum ! tumpang semangat Datin.




    Petang tadi Datin Seri Dr.Wan Azizah isteri idolaku Dato Seri Anwar Ibrahim datang menziarahiku. Aku amat berbesar hati kerana Kak Wan sudi melapangkan waktu datang menziarahiku walaupun kesibukan. Terima kasih juga di atas cenderahati dan air penawar itu.



    Sempat pula ek kait buah mangga ya.... .hehehe, bukanlah Kak Wan yang kait tetapi temannya dan isteriku.


    Hari ketiga ramadhan, cuaca mendung saja. Semalaman aku tidak dapat tidur semalam...grrrr geram betul dengan mata ni!! Hampir jam 9.00 pagi baru aku dapat lelapkan mata.

    Lebih kurang jam 10.30 pagi, tengah aku nak melayan mimpi telefon pula berdering. Deringan telefon membuat aku terjaga dari mimipi. Elok juga aku terjaga sebab aku sedang bermimpi dikejar hantu. Rupanya di dalam mimpi hantu masih bebas ya di bulan puasa.Ini kot yang di namakan 'hantu siang'...hehehe.

    Read more...

    Albumku - Lawan Tetap Lawan

    Bak lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ...'Tiada gambar secantik lukisan nak ku tunjukkan perasaan'

    Gambar-gambarku semasa zaman Reformasi
    1. Gamba dengan rakan2 di Penjara Kajang semasa pembebasan Sdr. Lim Guan Eng.
    2. Gambar bersama Sdr. Azmin di Perhimpunan Rakyat di Lebuhraya Kesas.
    3. Gambar semasa penyerahan memorandum bantahan di Kementerian Kewangan, Jalan Duta.
    4. Gambar bersama Pas WP Semasa pembebasan Sdr. Mahfuz Omar di Penjara Kajang.

    2004 pilihanku, Banner yang di pasang oleh penyokong BA di pintu masuk taman perumahan tempat tinggalku. Bukan aku seorang saja yang tak sabar menanti tahun 2004, mereka pun sama sepertiku. Tapi aku tewas dulu sebelum tibanya tahun 2004. Alahai....kesiannya Kassim Selamat.

    Layari kisah-kisah zaman reformasiku di blog ini...'Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka'

    Read more...

    Kenangan PRU 1999


    Kiri: Keretaku di PRU tahun 1999 & Kanan: Di PRU 2004.

    Aku pun ingin turut berkongsi cerita di hari penamaan calon. Bukan di PRU 2008 tetapi di PRU 1999. Hanya kenangan itu saja yang tinggal bersamaku.

    Mengenang Nostalgia hari penamaan calon sembilan tahun yang lalu. Se awal jam 5.00 pagi aku sudah bangun. Aku menghias menampal keretaku dengan bendera-bendera BA. Jam 7.00 pagi aku memandu menuju ke Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Aku berpakaian serba hitam pagi itu.

    Di kawasan masjid di penuhi dengan penyokong-penyokong BA bersama sepanduk dan bendera BA. Rakan-rakanku yang juga berpakaian serba hitam sudah sedia menunggu. Kami dari Briged Pemuda Keadilan di tugaskan mengiringi calon dan mengawal keadaan sepanjang tempoh penamaan calon.

    Kami bergerak dari Masjid Saidina Abu Bakar mengiringi sdr. Zainul Zakaria menuju ke pusat penamaan calon di komplek sukan Bangsar. Jarak lebih kurang 2 km ke pusat pencalonan.

    Masih kuingat lagi, sepanjang perjalanan kami menyanyikan lagu patriotik untuk menaikkan semangat kami. Lagu 'Barisan Kita' di laungkan berulang kali. Liriknya kami ubah suai mengikut sesedap mulut kami.

    Antara lirik lagunya berbunyi, "Inilah Barisan kita yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, menuju REFORMASI!" Di ikuti dengan laungan Reformasi oleh para penyokong.

    Kami selang- selikan dengan selawat nabi dan Takbir! Sungguh bersemangat sekali.

    Di pusat penamaan calon, gerombolan Pemuda/Wanita Umno sudah sedia menanti. Lagak seumpama singa lapar. Menunggu masa untuk menerkam mangsa. Kedua penyokong di asingkan. Jika tidak, pasti kami bercakaran.


    Penyokong BN semasa pilihanraya kecil Macap.

    Di pendekkan cerita, tiada insiden panas yang berlaku. Sekadar ejek mengejek, kutuk mengutuk di antara dua penyokong. Biasalah tuu...

    Sungguh manis kenangan itu!.

    Read more...

      © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP