OKU si Penderhaka!

>> Khamis, 12 Februari 2009


Aku ingat mahu berhenti menulis tentang cerita² politik ini. Dah jemu! Siang malam pagi petang di kaca TV mahupun di akhbar asyik cerita pasal politik. Asyik mencari kesilapan pembangkang saja.

Ada dua piliharaya kecil yang bakal di adakan tidak lama lagi. Makin 'meroyan' lah akhbar² mensensasikan keburukan pihak pembangkang. Di interview nya rakyat , para profesor dan pemerhati politik, di siarkan sekerat². Hanya bab yang memberi kredit kepada kerajaan disiarkan. Tang bab komen kerajaan dipotong. Mana pergi etika kewartawanan mereka² ini?

Ingat nak menyambung bercerita kembali tentang kehidupan seharianku. Tup...tup tertengok pula klip video pemuda Umno berdemontrasi. Yang tak seronoknya terpampang banner tertulis 'OKU si Penderhaka'. Aku ke si OKU itu? Bak kata Allahyarham P.Ramlee ..."Cakap Biar Terang!" Bukan semuanya OKU penderhaka. Tulislah 'Karpal si Penderhaka', itu pun jika benar dia penderhaka.

Hairan betul aku dengan pemuda Umno ni! Berkobar-kobar berdemontrasi gara² Karpal Singh cuba membawa Sultan ke institusi kehakiman. Kemana perginya mereka² ini ketika puak Umno mengatakan Sultan 'Natang' (binatang) semasa berdemontrasi di Terengganu tempohari. Tiada suara kedengaran dari pemuda Umno! Menyorok ke! seperti penyu menyorokkan muka ke dalam badannya.

Berbeza dengan demontrasi Pakatan Rakyat. Demontrasi Umno ini di penuhi dengan maki hamun. Kata² kesat terpampang di banner yang mereka bawa. Inikah sikap bakal peneraju negara?

Apa yang membezakan demontrasi Pakatan Rakyat dan demontrasi Umno, tiada tangkapan yang dibuat oleh pihak polis. Malah tiada langsung gas pemedih mata dilepaskan bagi menyuraikan perhimpunan ini. Mungkin demontrasi Umno di kategorikan sebagai demontrasi 'Halal' sementara demontrasi Pakatan Rakyat di labelkan 'Haram'.

Cuba saksikan video ini di minit 2.08 sehingga minit 2.30. Se olah² (mungkin sangkaanku saja) pihak polis mengiringi peserta demontrasi ini. Pelik betul rasanya! Double standard! Bukan aku memfitnah tapi saksikanlah sendiri.



Read more...

Dato' Seri Nizar.....Masih Ada Sinar Untukmu

Seperti kita sedia maklum kedua-dua Adun yang melompat parti itu akan di bicarakan di atas tuduhan rasuah. Dan jika di dapati bersalah, kedua-dua mereka secara automatik akan gugur kedudukan sebagai Adun. Satu pilihanraya kecil perlu di adakan bagi mengisi kekosongan kerusi di kawasan mereka.

Andai kata pada pilihanraya kecil ini Pakatan Rakyat memenangi (InsyaAllah) kembali kedua-dua kerusi tersebut. Kedudukan ahli Dun negeri akan berubah kepada BN 29 (28+1) dan PR 30 (28+2). Majoriti kerusi akan kembali kepada PR. Dan PR akan kembali memerintah negeri Perak. (Kedudukan kerusi masakini BN 31 dan PR 28)

Jika senario di atas berlaku, tidak ke rasa seperti lawak, dalam tempoh beberapa bulan tiga kali peralihan kuasa berlaku. Dan jika masih ada lagi permainan kotor dari pihak BN, kedudukan pemerintahan akan bertukar lagi.

Adakah kemasukan dua Adun ini ke dalam BN akan merubah senario kes rasuah yang sedang mereka hadapi?. Adakah kes rasuah mereka akan di gugurkan? Jangan nanti ada tangan² kotor yang menganggu proses perundangan ke atas kedua mereka. Kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini!

Yang pasti BN tidak mahu 2 kerusi Dun ini terlepas dari tangan mereka. Kredibiliti mereka yang memang telah tercemar akan bertambah cemar lagi.

Ingat! "Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan"

Read more...

Lompat Apek Lompat!

>> Jumaat, 6 Februari 2009

Biarkan katak² berbicara......

Hayaa... cik siti pelempuan manyak muda
Ana manyak susah jalan tutup mata
Wang dan linggit ana tatak helan aii
Ente tutup mata ana tak tentu lalan

Oo apek sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang emas ana upah

Apek jaga depan ada longkang

Lompat...... lompat

lompat apek lompat!

Hayaaa.................








Read more...

Lompat Katak

>> Rabu, 4 Februari 2009

Gambar Adun di cilok dari no2Umno

Cuba renong betul² wajah² di atas. Adakah keikhlasan berkhidmat untuk rakyat ada di wajah mereka? Bandingkan pula dengan wajah MB Datok Ir. Nizar di bawah.


Kita tengok 10 Februari ini sebutan kes rasuah dua Adun di atas. Adakah dakwaan terhadap mereka akan di teruskan?

Masing² tersenyum gembira! Misi menjatuhkan kerajaan Negeri Perak berjaya.

Satu pengajaran buat Pakatan Rakyat khasnya Parti Keadilan. Lainkali jangan tangkap muat saja calon tu! Yang manis itu bukan semuanya madu dan yang pahit itu bukan semuanya racun.

Read more...

Lompat Parti

>> Selasa, 3 Februari 2009

Biarkan kambing yang berbicara.......


KUALA LUMPUR 1 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.

``Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.

- Utusan


Read more...

Lompat

>> Isnin, 2 Februari 2009

Aku buat banner ni semasa menunggu detik 16 September 2009. Tapi tak menjadi lompatan tuu.

Dua tiga hari ni sibuk cerita pasal lompat parti. Adun Bota lompat PKR. Yang terbaru Adun PKR pula nak melompat. Dunia....dunia!

Read more...
Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP