Kejor Yop Kejor - Part 2

>> Jumaat, 10 April 2009

Sambungan cerita dari Part 1.

Apabila wisel separuh masa pertama ditiup tanda tamat permainan. Kesemua pemain² berjalan masuk ke bilik persalinan untuk berehat. Team PR berjalan girang penuh semangat. Dua berbalas kosong dalam genggaman. Sementara team BN berjalan tunduk dan lesu.

Semasa team PR melintasi ke bilik persalinan, penyokong² Pakatan Rakyat bersorak dan bertepuk tangan sambil berteriak, “Hidup Hidup! Hidup Rakyat! Hidup Anwar! Hancur BN!"

Anwar Ibrahim tersenyum sambil melambaikan tangan kepada penyokongnya. Secara spontan Anwar Ibrahim menanggalkan jersi yang dipakainya dan mencampakkan ke arah penyokongnya tanda penghargaan.

Berebut-rebut dan bertolak-tolak mereka sesama sendiri untuk mendapatkan jersi yang bernombor 6 itu. Dalam tolak menolak itu, entah bagaimana jersi yang dicampakan itu terjatuh betul² di atas riba seorang penyokongnya yang duduk berkerusi roda (aku ler tu). Mungkin rezeki lelaki yang berkerusi roda itu, tanpa perlu berebut-rebut jersi itu jadi miliknya.

Sementara permainan berhenti rehat, wartawan² akhbar mengambil peluang untuk menemu bual para penyokong kedua belah pihak untuk mendapatkan bahan berita untuk disiarkan di akhbar masing².

Di satu sudut, seorang wartawan dari Ulasan Meloya sedang menemu bual seorang penyokong PR yang berketurunan India yang hadir bersama keluarganya di stadium pada malam itu. Di tangan India itu berkibar megah bendera berlatar belakangkan bulan purnama.

Wartawan Ulasan Meloya bertanya, “Boleh saya tahu mengapa encik menyokong parti Pas?”

“Apa luu ingat saya bangsa India tak boleh sokong sama Pas ke? Chittt! Takda sekolah punya orang!” jerkah lelaki India itu. Wartawan tadi hanya tersenyum sipu. Tak menyangka jawapan sebegitu yang di terimanya.

“Sekarang kita India punya bangsa sudah educated! Mana parti ada baik kita kasik sokong!” kata lelaki India itu lagi.

“Pas For All! Pas For All!” jerit lelaki India itu sambil menunjuk-nunjuk lambang bulan putih dan hijau yang tertera di bajunya. Bangga sungguh dia memakai t-shirt Parti Islam Se Malaysia itu.

Setelah lelaki India itu berlalu pergi, wartawan dari akhbar Ulasan Meloya itu cuba pula menemu bual sepasang suami isteri yang berbangsa Cina yang turut sama menonton perlawanan bolasepak pada malam itu.

“Ah Soo! luu ingat ini malam pasukan mana akan menang?” tanya wartawan kepada perempuan berbangsa china yang umur agak separuh abad.

“Luu sape mau tanya gua. Luu polis ke?” tanya perempuan berbangsa cina itu.

“Saya wartawan Ah Soo. Wartawan dari Ulasan Meloya,” jawab wartawan tersebut sambil menunjukkan kad wartawannya.

“Sorry! Sorry! Kalau Halakah (Harakah) boleh interview sama gua. Ulasan Meloya takmo lorrr. Nanti gua cakap lain, luu tulis lain!” jawab perempuan berbangsa cina tadi sambil terus berlalu pergi.

Wartawan tadi terus mencari-cari penonton untuk di temu bual untuk di jadikan bahan berita di akhbarnya. Dia terus menuju ke bilik persalinan PR . Di dalam bilik itu kelihatan Pengurus Pasukan bolasepak PR sedang memberi motivasi kepada pemain²nya. Kelihatan pemain² PR tekun mendengar taklimat dan motivasi yang sedang diberikan.

Kemudian, wartawan tersebut beralih pula ke bilik persalinan BN. Berlainan pula senarionya di sini, di bilik ini pemain² sedang menikmati sajian lazat yang sedang dihidangkan. Mee Udang Kuala Sepetang dan Nasi Beriyani Gam dengan minuman jus air durian Belanda menjadi menu sajian ketika waktu berehat ini.

"Mak aii! Nak makan ke nak main bola?" terdetik di hati wartawan Ulasan Meloya. Niatnya untuk menemu bual kedua pasukan di batalkan. Wartawan tersebut lantas berlalu pergi meninggalkan bilik persalinan itu.

Setelah lima belas minit berlalu, kedua-dua pasukan keluar dari bilik persalinan untuk meneruskan permainan separuh masa kedua.

Pasukan PR menukar jersi berwarna biru putih berstokin merah. Warna lambang bendera parti Keadilan. Jersi yang mereka pakai di separuh masa pertama lencun di basahi peluh dan hujan.

Sementara pasukan BN memakai jersi dan seluar sedondon bewarna 'pink'. Warna yang sinonim dengan warna Puteri Umno. Ada di antara pemain yang berjalan pun terhuyong hayang. Mungkin kesan akibat terlebih makan Mee Udang Kuala Sepetang dan jus durian Belanda.

Apabila kedua pasukan melangkah masuk ke padang, terdengar sorakan dan jeritan yang riuh rendah dari kedua-dua penyokong PR dan BN

Ada yang menjerit, "Auwww! Auwww! Puteri Umno nak bermain bola ke!"

Mungkin warna 'pink' itu melambangkan watak seorang yang lemah lembut dan warna itu hanya sesuai untuk kaum wanita.

"Ini padang bola ler! Bukan PWTC tempat persidangan Umno!" jerit seorang penyokong sambil yang lain ketawa berdekah-dekah.

Setelah kedua pasukan bersedia. Wisel separuh masa kedua pun ditiupkan....."Peweeetttt!"

Tunggu perlawanan separuh masa kedua!

Nota Kaki : Olahan dan cerita hanya imiginasi tuan blog saja. Bukan niat untuk mempersendakan watak sesiapa. Sekadar hiburan mengisi ruang kosong blog.

Kepada sahabat di sana! Maaf kiranya entri² berbaur politik sebegini tak menyenangkan hati anda.

Read more...

Jom Tengok BN Yang Kena - Part 1

>> Rabu, 8 April 2009


Perlawanan Liga bolasepak Piala Monggolia di antara pasukan Pakatan Rakyat menentang pasukan Barisan Nasional telah di adakan di Stadium Bolasepak Bukit Gantang malam tadi di dalam keadaan hujan renyai2 dengan padang yang agak becak.

Team Pakatan Rakyat turun bermain dengan memakai jersi berwarna hijau putih dan biru di ketuai oleh ketua pasukannya Anwar Ibrahim berjersi nombor 6 (merengkok 6 tahun di penjara Sg. Buluh) di bantu oleh pemain hitam manis dari negeri 'Jelapang Padi' S. Manikumar yang memakai jersi bernombor 4 (nombor kertas undi yang di beri oleh SPR untuk PRK Bukit Selambau).

Sementara di bahagian pertahanan, team Pakatan Rakyat menurunkan pemain dari negeri ‘Kejor Yop Kejor’ Nizar Jamaludin yang memakai jersi bernombor 3 (jumlah 3 adun yang melompat parti). Pemain import dari Timur Semenanjung atau negeri 'Kek Lapis' Jawah Gerang berjersi nombor 55 (55 adalah umurnya) diberi tugas di bahagian midfield. Dan pemain dari negeri 'Penyu Bertelur' Abdul Wahid Endut berjersi nombor 36 (mewakili Parlimen P036) di tugaskan di bahagian sayap kanan.

Sementara team Barisan Nasional di wakili oleh pemain² muda yang berkeliber di bawah kepimpinan baru yang baru di lantik beberapa hari sebelum menjelangnya hari perlawanan.

Di fahamkan kesemua pemain² dari team Barisan Nasional telah menghadiri satu latihan intensif di perhimpunan agung Umno yang baru berakhir minggu lalu bagi memantapkan skil permainan mereka.

Pada malam ini pemain² Barisan Nasional turun dengan memakai jersi bewarna biru tua. Iaitu warna tradisi turun temurun pasukan itu sejak Dulu, Kini dan Selamanya. Kesebelasan pemain team Barisan Nasional menggunakan nombor jersi yang agak mengelirukan kepala dan mata pengadil perlawanan sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa di panggil untuk memastikan nombor² jersi tersebut bebas dari unsur² politik wang.

Wisel permainan di mulakan dengan Anwar Ibrahim mengelecek pertahanan lawan dan berjaya mengucarkacirkan beberapa pemain² BN. Di minit ke 12 sepakan kencang Anwar Ibrahim tersasar beberapa meter dari tiang gol. Penonton di luar mengeleng-gelengkan kepala melihat bola yang hampir menghasilkan jaringan.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah mempunyai satu kad kuning perlu berhati-hati agar tidak mendapat kad kuning yang kedua yang membolehkan dia di gantung permainan pada malam ini.

Di minit ke 23, sepakan sudut yang di ambil oleh S.Manikumar tepat sampai ke kepala Anwar Ibrahim. Dengan tidak melepaskan peluang, Anwar Ibrahim terus menanduk bola masuk terus ke gawang pintu gol. Penjaga gol lawan termanggu-manggu kebingungan melihat bola masuk ke gawangnya.

“Peweettttttttttt!” Pengadil meniupkan wisel sebagai mengesahkan jaringan itu. Kedudukan 1- 0 dengan Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional.

Di tempat duduk penonton, kelihatan penyokong² Pakatan Rakyat menjerit kegembiraan sambil mengibarkan bendera Pas, Keadilan dan bendera DAP. Di tempat duduk orang² kenamaan kelihatan Datin Seri Wan Azizah tersenyum sambil bertepuk tangan meraikan gol tunggal jaringan suaminya. Tak sia² Datin menyerahkan tempatnya sebagai penyerang utama kepada suaminya.

Permainan di teruskan dengan kedua-dua pasukan saling membuat serangan ke pihak gawang lawan. Permainan menjadi lebih agresif dengan aksi² kasar silih berganti dengan adegan tarik menarik jersi lawan. Adakalanya pengadil perlawanan seakan hilang kawalan.

Di tepi padang kelihatan beberapa botol air mineral yang berlambangkan Barisan Nasional di lemparkan ke arah penyokong² Pakatan Rakyat. Aksi baling membaling botol berlaku di antara kedua penyokong.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertopi merah yang sering hadir di setiap kali Pakatan Rakyat membuat 'demontrasi aman' kelihatan mula dibawa masuk ke dalam stadium bagi mengawal keadaan yang semakin tegang. Trak ‘Water Canon’ turut dibawa masuk bagi melepaskan pancutan airnya jika keadaan tidak dapat di kawal.

Di tempat duduk pemain² simpanan Barisan Nasional, suasana kelihatan muram. Pengurus pasukan yang baru di lantik berdiri sambil mencekak pinggang dan memberi arahan kepada pemain²nya agar lebih bersemangat.

Beberapa orang pemain simpanan Barisan Nasional di arah oleh Pengurus Pasukan membuat ‘warming up’ di tepi padang bagi mengantikan pemain yang telah ‘pancit’. Tapi sayang sekali! Pemain² simpanan BN yang baru memanaskan badan turut sama pancit di tepi padang sebelum diberi peluang beraksi di tengah padang.

Latihan stamina di perhimpunan agung Umno minggu lalu langsung tidak memberikan motivasi kepada pemain² untuk terus berjuang ke tiupan wisel terakhir. Mereka se olah² hilang fokus.

Di minit ke 46 masa kecerderaan, pemain berjersi 36 dari negeri 'Penyu Bertelur' Abdul Wahid Endut membuat sepakan leret ke gawang lawan. Bola meleret masuk se olah² telur penyu yang meleret lembut mencecah gawang lawan. Penjaga gol hanya dapat memerhatikan saja bola meleret masuk.

“Peweeetttt!...........Peweeetttt!” wisel ditiup mengesahkan jaringan dan menamatkan permainan separuh masa pertama dengan kedudukan 2 – 0. Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional.

Permainan berhenti sebelum separuh masa kedua bermula.

Tunggu!!

Nota Kaki : Sekadar imiginasi tuan blog bagi menyampaikan cerita secara santai bagi berkongsi perasaan gumbiranya di atas pencapaian Pakatan Rakyat di dalam beberapa pilihanraya kecil yang baru lalu.

Read more...

Akhirnya BN Terkubur Di Kaki Bukit

>> Selasa, 7 April 2009

Pakatan Rakyat menang di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau. Tewas di Batang Ai. Kemenangan bergaya di dua buah bukit ini memberi isyarat kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa rakyat menolak cara pemerintahan yang di amalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ini adalah kemenangan ke empat berturut-turut Pakatan Rakyat setelah mentalkinkan Barisan Nasional di dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Lebih manis, kemenangan Dato' Seri Nizar di Bukit Gantang menolak dakwaan dan tohmahan yang di lemparkan oleh Umno bahawa kerajaan di bawah pimpinan Nizar sebelum ini adalah kerajaan boneka yang hanya mengikut telunjuk DAP.

Rakyat telah diberi pilihan sekali lagi untuk mengundi dan menghakimi kepimpinan Nizar. Ternyata, tohmahan dan dakwaan Umno sebelum ini meleset sekali.

Rakyat di Bukit Gantang khususnya rakyat di negeri Perak masih mahukan pemerintahan di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Kembalikan kuasa ke tangan rakyat!

Tribute lagu 'Satu Hati' yang sedang berkumandang di blog ini untuk semua mereka² yang telah berkerja keras mempastikan kemenangan calon² Pakatan Rakyat.

Akhbar versi Ks

Read more...

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP