Parlimen

>> Rabu, 30 November 2011

Read more...

Laungan Reformasi

>> Khamis, 2 September 2010







Tuan blog putarkan kembali klip video era zaman Reformasi sempena hadirnya 2 September.

Kenangan tuan blog berdemontrasi di hadapan KLCC sempena persidangan APPEC 1998. Kelibat tuan turut terakam di minit 45.49 ketika turut sama² melaungkan slogan 'Reformasi'' dan menyanyikan lagu "Barisan Kita".

Kali itulah buat pertama kali FRU menggunakan air water canon berwarna kuning. Nasib baik tuan blog berbaju merah. Tak melekat warna kuning di baju.

Kelibat sdr Yunus bekas bodyguard Datin Seri Wan Azizah sedang bertolak-tolak dengan SB turut terakam di minit 47.00. Peristiwa ini terjadi semasa kami berdemontrasi di depan Masjid Kg. Baru. SB menyamar sebagai jurugambar. Dan akhirnya identitinya terbongkar juga. SB di selubungkan dengan kain banner.....hahaha

Semonga klip video ini dapat menaikkan kembali semangat kita untuk terus menegakkan Keadilan.

Read more...

Dari Rakyat Untuk Rakyat

>> Sabtu, 17 April 2010

Read more...

Seloka ATM

>> Selasa, 22 Disember 2009


Satu di laut satu di udara
Yang di atas langit di panggil TUDM
Yang di dalam laut di sebut TLDM
Dua-dua kepunyaan ATM
Yang satu dapat komisyen
Yang satu hilang enjin

Read more...

Pengakuan Mangsa ISA

>> Selasa, 4 Ogos 2009

Seperti yang di janjikan, ikuti kisah bagaimana sdr Malik Hussain di dera semasa di tahan di bawah ISA.

Teman mengenali Malik (beliau tak mengenali teman pun...hahaha) semasa pertama kali menyertai demontrasi selepas solat Jumaat di Masjid Negara pada tahun 1998. Selepas habis saja bersolat, Malik ketika itu memegang pembesar suara telah berucap di 'verandah' masjid mengutuk penangkapan Dato'Seri Anwar Ibrahim. Rentetan dari peristiwa ini beliau ditangkap.

Nostalgia.....teman bersama rakan² berlari lintang pukang dengan memakai selipar di dalam Masjid Negara bila polis dan FRU menyerbu masuk. Ada rakan teman yang berpura-pura solat sunat untuk mengelak dari ditangkap....hahaha!

Kisah ini ada teman catatkan di blog ini di dalam entri 'Lawan Tetap Lawan'

Read more...
Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP