Black 14 , Kau Datang Lagi
>> Selasa, 10 Jun 2008


******************

Lapan tahun lalu, pagi-pagi lagi aku telah keluar memandu ke arah stesyen LRT Bandar Tun Razak. Aku letakan keretaku di situ dan menaiki LRT menuju ke perhentian Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Aku tahu keadaan di Kuala Lumpur ketika itu tentu hiruk pikuk dan aku tidak mahu mengambil risiko parking di situ.
Sesampai sahaja di sana bulu romaku meremang bila melihat ribuan penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sekitar kawasan Masjid Jamek dan di sepanjang Jalan Tun Perak. Kawasan di situ di penuhi dengan slogan-slogan dan bendera-bendera yang menyokong DSAI. Di jalan berhampiran mahkamah sepasukan polis dan FRU berdiri gagah menanti arahan.
Reformasi!! Reformasi!! Reformasi!! itulah slogan keramat yang bergema pagi itu di sekitar pusat bandar. Sungguh bersemangat sekali aku waktu itu dan hari itulah aku buat pertama kalinya merasai kepedihan pancutan air yang di muntahkan dari ‘water canon’ pehak FRU.
Sudah banyak cerita-cerita berkaitan dengan reformasi telah kupapar di blog ini. Aku kurang bertenaga hari ini untuk menaip lebih panjang lagi ceritanya. Cukuplah dengan cerita rengkasku ini. Klik di sini untuk mengimbau Nostalgia lapan tahun yang lalu. Klik di sini
Kini segalanya tinggal kenangan. Aku tidak secergas dahulu lagi. Pun begitu semangatku tetap membara. "Lawan Tetap Lawan"
Reformis Lesu
Ex- Setiausaha Pemuda Parti Keadilan 1999-2002
Bahagian Bukit Bintang