Suara Rakyat Suara Keramat

>> Ahad, 18 Januari 2009

"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat," kata Najib yang juga pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Baca di sini

Hari ini di dada akhbar dan di kaca tv terpampang dan terdengar dari mulut bakal Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib menyebut ungkapan perkataan 'Suara Rakyat Suara Keramat' ketika mengulas kekalahan calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Mungkin ramai pembaca yang tidak menyedari bahawa ungkapan tersebut adalah slogan keramat yang sering di laung²kan oleh mereka yang terlibat di dalam demontrasi gerakan reformasi kira² sepuluh tahun yang lalu di dalam menuntut pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sehingga kini slogan keramat tersebut masih berkumandang setiap kali di adakan perhimpunan.

Kini ungkapan dan slogan tersebut terpacul pula dari mulut bakal Perdana Menteri kita. Agak Menarik!. Mungkin beliau tidak perasan ungkapan itu adalah milik pendukung gerakan reformasi.

Jangan pula satu hari nanti terkeluar dari mulut beliau ungkapan 'Lawan Tetap Lawan'. Mahu saja Dato' Seri Anwar Ibrahim tersenyum sinis. Ungkapan tersebut milik DSAI.





Slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' turut dilaungkan di kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Nota Kaki : Tuan blog masih menyimpan T shirt hitam tertera slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang sering dipakainya ketika berdemontrasi dahulu. Sebagai penyokong gerakan reformasi, tuan blog juga mengabadikan nama blog itu di sini. Tapi sayang, tuan blog tidak sempat meng update kannya.

Read more...

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP