Antara Dua Darjat

>> Selasa, 12 Mei 2009

Telah menjadi resam dunia, jika kita berkuasa dan berharta, kita akan di puji dan di hormati. Sebaliknya, apabila kita tidak punya harta dan tidak punya kuasa kita akan di keji dan di cerca.

Begitulah yang terjadi kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Dua gambar di bawah menceritakannya........ "Antara Dua Darjat"

Seperti lirik lagu 'Sabar' dari Allahyarham P.Ramlee :

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itu yang di utama
Si jujur menjadi mangsa...Pandai menipu lekas berharta
Yang lemah di cerca...Yang berharta jadi sanjungan

Hari ini Dato' Seri Nizar di sambut baik di pintu masuk SUK.

Februari lalu beliau seperti pengemis tidak di benarkan masuk di SUK.

Klip Lagu 'Sabar' tribute untuk Dato' Seri Nizar yang kubuat beberapa bulan lalu.

Read more...

7 Mei Hari Ini Dalam Sejarah

>> Khamis, 7 Mei 2009

13 Mei 1969 kira² empat puloh tahun lalu, tercatat di dalam sejarah negara akan peristiwa hitam rusuhan kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa rakyat Malaysia akibat tidak kesetabilan politik negara.

Hari ini 7 Mei 2009, kurang seminggu dari tarikh peristiwa 13 Mei, berulang lagi titik hitam dalam sejarah negara di mana kerakusan kuasa oleh Barisan Nasional hingga sanggup merampas bukan saja kerajaan Negeri Perak tetapi merampas kerusi Speaker dewan dengan cara yang paling keji sekali.

Peristiwa ini akan di kenang dan akan menjadi sejarah hingga ke anak cucu cicit kita nanti.

Slide Ihsan Malaysiakini

Read more...

Speaker Di Heret Keluar

Lihatlah dunia bertapa rakusnya Barisan Nasional. Kerana gila kuasa sanggup buat apa saja. Speaker Sivakumar diheret seperti binatang. Memang tak bertamadun Malaysiaku!

Tian Chua pun pernah di perlakukan sedemikian.

Read more...

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP