Umno/BN Cukup²lah Tuu!

>> Selasa, 2 Jun 2009

Hari ni teman nak bercerita tentang pilihanraya kecil Penanti yang baru saja selesai. Pilihanraya kecil yang paling 'aman' yang belum pernah berlaku di dalam sejarah negara.

Tiada provokasi, tiada adegan pukul memukul. Tiada adegan ugut mengugut. Tiada unsur² rasuah, tiada penghuni hantu. Tiada lori² dan jentolak dibawa masuk ke kampung² oleh kerajaan Umno/BN untuk melebarkan jalan. Tiada juga sekolah, surau atau masjid yang hendak di rasmikan.

Keadaan dan suasana pada hari pilihanraya aman se aman²nya! Tidak seperti pilihanraya² kecil yang lalu. Suasana hiruk pikuk dan tegang dengan adegan kasar dari parti yang bertanding.

Apakah faktor yang menyumbang kepada suasana se 'aman' ini?

Jawapannya tentulah faktor Umno/BN. Tanpa penyertaan Umno/BN di dalam pilihanraya suasana pilihanraya menjadi lebih tenteram. Se olah² tiada pilihanraya yang berlaku. Anggota keselamatan seperti polis tidak perlu dikerahkan beramai-ramai untuk mengawasi keadaan. Suasana pada tempoh berkempen dan di hari pengundian aman dan damai.

Teman suka tengok abang yang kulit hitam manis yang tersenyum di belakang tu.

Saranan teman pada Umno/BN, adalah lebih baik kalian tak usah masuk bertanding di mana² piliharaya. Sejarah telah membuktikan setiap kali Umno/BN bertanding kekecohan dan ketegangan pasti berlaku.

Jika bertanding pun, Umno/BN akan kalah!

3 ulasan:

Ahmad Putra 2 Jun 2009 4:04 PTG  

setuju, BN punca pilihanraya tak aman, bukan Pakatan

good man 2 Jun 2009 4:20 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Rantong 26 Jun 2009 9:51 PTG  

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP