Umno Hakim Negara

>> Rabu, 25 Mac 2009


Setiap tahun, di perhimpunan Agung Umno, nama Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sering menjadi topik perbahasan dan kecaman oleh pemimpin Umno.

Pelik juga ya! Yang bersidang dan yang berbahas adalah ahli Umno. Tapi nama DSAI yang menjadi salah satu agenda perbahasan mereka. Fobia sangat ke ahli Umno ini dengan nama Anwar Ibrahim?

Adalah lebih elok jika mereka memikirkan dan berbahas bagaimana caranya untuk menarik minat orang melayu untuk menyertai parti Umno yang kini semakin jauh di hati orang² melayu.

Yang terbaru, wakil pemuda Umno mengatakan Umno membuat kesilapan melepaskan DSAI dari penjara. Adakah penahanan DSAI selama enam tahun di penjara angkara konspirasi dan kerja jahat orang Umno? Nabil kata, "Lu fikirlah sendiri!"

Petikan dari Malaysiakini.

Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara.

Baca seterusnya di sini.

Read more...

Kita Serupa

>> Selasa, 10 Mac 2009






Sajak Tentang PPSMI
-----------------------
Lalu, aku sayu dan aku pilu
lalu, aku ragu dan aku malu …
Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati
sekali janji, sekali nafi
sekali pancang
sekali pincang
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!
Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …
Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu
berlidah dua.

oleh
A. Samad Said - Sasterawan Negara

Read more...

Umno Samseng Negara

>> Jumaat, 6 Mac 2009

Di Utusan, pemuda Umno mendakwa DAP yang memulakan kekecohan di parlimen. Baca di sini. Utusan pun 2 x 5 macam pemuda Umno. Lapurannya berat sebelah.

Saksikan video ini. Siapakah yang memulakan pertengkaran itu. Dengan OKU beranilah pemuda Umno ni! Samseng Kg. Dusun....bak kata Sharif Dol.




Yang bersongkok tinggi ni pun samseng Kg. Dusun juga. Ceritanya baca di sini.

Read more...

Di Mana Keadilan!

Agak lama aku tak menulis dan bererita. Tiba² mood untuk menulis terencat. Hati se akan merudum. Cuba² memujuk sendiri hati dan jariku untuk terus menulis dan bercerita.

Layan saja klip youtube yang kubuat dan kutujukan buat mereka² yang di zalimi dan di nafikan haknya.




Aku suka dengan lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni. Dahulu sambil memandu aku sering putarkan lagu ini. Aku suka dengar liriknya yang berbunyi " Di mana Keadilan yang aku harap²kan". Bila tiba lirik ini aku terkenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang ketka itu di zalimi dan di penjarakan.

Read more...

Najib Mudah Lupa!

>> Ahad, 1 Mac 2009




KUANTAN 28 Feb. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kes itu ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri tersebut dan status Kerajaan Negeri Perak dari segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Dia (Sivakumar) tidak boleh (buat sidang tergempar) sebab mahkamah belum membuat keputusan bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu masih lagi wakil rakyat dan mereka tidak mengosongkan jawatan mereka sebagai ADUN.
“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.

Seterusnya di Utusan

Read more...

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP