Najib Mudah Lupa!

>> Ahad, 1 Mac 2009




KUANTAN 28 Feb. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kes itu ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri tersebut dan status Kerajaan Negeri Perak dari segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Dia (Sivakumar) tidak boleh (buat sidang tergempar) sebab mahkamah belum membuat keputusan bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu masih lagi wakil rakyat dan mereka tidak mengosongkan jawatan mereka sebagai ADUN.
“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.

Seterusnya di Utusan

3 ulasan:

onn 1 Mac 2009 8:50 PTG  

Apa kabar sdr....!!!

Insyaallah saya cuba luangkan masa suatu hari nanti untuk ziarah sdr....!!!

Kassim Selamat 3 Mac 2009 1:22 PTG  

Sy alhamdulillah...sihat2 saja.

Apa khabar sdr Jaafar yg senasib dgn sy tu. Harap beliau tabah menghadapi dugaan hidup ini.

onn 3 Mac 2009 7:45 PTG  

Dia beransur ansur untuk pulih tapi ambil masa yg panjang lagi...!

sekarang ini dah boleh berkerusi roda untuk mandi dsbnya dirumah.

Dan kena kuat semangat dan berusaha kuat untuk pulih...!!

Boleh email terus...
jo3937@gmail.com

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP