OKU si Penderhaka!
>> Khamis, 12 Februari 2009
Aku ingat mahu berhenti menulis tentang cerita² politik ini. Dah jemu! Siang malam pagi petang di kaca TV mahupun di akhbar asyik cerita pasal politik. Asyik mencari kesilapan pembangkang saja.
Ada dua piliharaya kecil yang bakal di adakan tidak lama lagi. Makin 'meroyan' lah akhbar² mensensasikan keburukan pihak pembangkang. Di interview nya rakyat , para profesor dan pemerhati politik, di siarkan sekerat². Hanya bab yang memberi kredit kepada kerajaan disiarkan. Tang bab komen kerajaan dipotong. Mana pergi etika kewartawanan mereka² ini?
Ingat nak menyambung bercerita kembali tentang kehidupan seharianku. Tup...tup tertengok pula klip video pemuda Umno berdemontrasi. Yang tak seronoknya terpampang banner tertulis 'OKU si Penderhaka'. Aku ke si OKU itu? Bak kata Allahyarham P.Ramlee ..."Cakap Biar Terang!" Bukan semuanya OKU penderhaka. Tulislah 'Karpal si Penderhaka', itu pun jika benar dia penderhaka.
Hairan betul aku dengan pemuda Umno ni! Berkobar-kobar berdemontrasi gara² Karpal Singh cuba membawa Sultan ke institusi kehakiman. Kemana perginya mereka² ini ketika puak Umno mengatakan Sultan 'Natang' (binatang) semasa berdemontrasi di Terengganu tempohari. Tiada suara kedengaran dari pemuda Umno! Menyorok ke! seperti penyu menyorokkan muka ke dalam badannya.
Berbeza dengan demontrasi Pakatan Rakyat. Demontrasi Umno ini di penuhi dengan maki hamun. Kata² kesat terpampang di banner yang mereka bawa. Inikah sikap bakal peneraju negara?
Apa yang membezakan demontrasi Pakatan Rakyat dan demontrasi Umno, tiada tangkapan yang dibuat oleh pihak polis. Malah tiada langsung gas pemedih mata dilepaskan bagi menyuraikan perhimpunan ini. Mungkin demontrasi Umno di kategorikan sebagai demontrasi 'Halal' sementara demontrasi Pakatan Rakyat di labelkan 'Haram'.
Cuba saksikan video ini di minit 2.08 sehingga minit 2.30. Se olah² (mungkin sangkaanku saja) pihak polis mengiringi peserta demontrasi ini. Pelik betul rasanya! Double standard! Bukan aku memfitnah tapi saksikanlah sendiri.

1 ulasan:
salam tuan,
menyampah betul tengok demonstrasi macam ni. takde nilai langsung.
saya juga tak setuju orang membangkitkan keadaan fizikal atau kehenseman seseorang dengan sesuatu sikap atau tindakan.
Catat Ulasan