Jom Tengok BN Yang Kena - Part 1

>> Rabu, 8 April 2009


Perlawanan Liga bolasepak Piala Monggolia di antara pasukan Pakatan Rakyat menentang pasukan Barisan Nasional telah di adakan di Stadium Bolasepak Bukit Gantang malam tadi di dalam keadaan hujan renyai2 dengan padang yang agak becak.

Team Pakatan Rakyat turun bermain dengan memakai jersi berwarna hijau putih dan biru di ketuai oleh ketua pasukannya Anwar Ibrahim berjersi nombor 6 (merengkok 6 tahun di penjara Sg. Buluh) di bantu oleh pemain hitam manis dari negeri 'Jelapang Padi' S. Manikumar yang memakai jersi bernombor 4 (nombor kertas undi yang di beri oleh SPR untuk PRK Bukit Selambau).

Sementara di bahagian pertahanan, team Pakatan Rakyat menurunkan pemain dari negeri ‘Kejor Yop Kejor’ Nizar Jamaludin yang memakai jersi bernombor 3 (jumlah 3 adun yang melompat parti). Pemain import dari Timur Semenanjung atau negeri 'Kek Lapis' Jawah Gerang berjersi nombor 55 (55 adalah umurnya) diberi tugas di bahagian midfield. Dan pemain dari negeri 'Penyu Bertelur' Abdul Wahid Endut berjersi nombor 36 (mewakili Parlimen P036) di tugaskan di bahagian sayap kanan.

Sementara team Barisan Nasional di wakili oleh pemain² muda yang berkeliber di bawah kepimpinan baru yang baru di lantik beberapa hari sebelum menjelangnya hari perlawanan.

Di fahamkan kesemua pemain² dari team Barisan Nasional telah menghadiri satu latihan intensif di perhimpunan agung Umno yang baru berakhir minggu lalu bagi memantapkan skil permainan mereka.

Pada malam ini pemain² Barisan Nasional turun dengan memakai jersi bewarna biru tua. Iaitu warna tradisi turun temurun pasukan itu sejak Dulu, Kini dan Selamanya. Kesebelasan pemain team Barisan Nasional menggunakan nombor jersi yang agak mengelirukan kepala dan mata pengadil perlawanan sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa di panggil untuk memastikan nombor² jersi tersebut bebas dari unsur² politik wang.

Wisel permainan di mulakan dengan Anwar Ibrahim mengelecek pertahanan lawan dan berjaya mengucarkacirkan beberapa pemain² BN. Di minit ke 12 sepakan kencang Anwar Ibrahim tersasar beberapa meter dari tiang gol. Penonton di luar mengeleng-gelengkan kepala melihat bola yang hampir menghasilkan jaringan.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah mempunyai satu kad kuning perlu berhati-hati agar tidak mendapat kad kuning yang kedua yang membolehkan dia di gantung permainan pada malam ini.

Di minit ke 23, sepakan sudut yang di ambil oleh S.Manikumar tepat sampai ke kepala Anwar Ibrahim. Dengan tidak melepaskan peluang, Anwar Ibrahim terus menanduk bola masuk terus ke gawang pintu gol. Penjaga gol lawan termanggu-manggu kebingungan melihat bola masuk ke gawangnya.

“Peweettttttttttt!” Pengadil meniupkan wisel sebagai mengesahkan jaringan itu. Kedudukan 1- 0 dengan Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional.

Di tempat duduk penonton, kelihatan penyokong² Pakatan Rakyat menjerit kegembiraan sambil mengibarkan bendera Pas, Keadilan dan bendera DAP. Di tempat duduk orang² kenamaan kelihatan Datin Seri Wan Azizah tersenyum sambil bertepuk tangan meraikan gol tunggal jaringan suaminya. Tak sia² Datin menyerahkan tempatnya sebagai penyerang utama kepada suaminya.

Permainan di teruskan dengan kedua-dua pasukan saling membuat serangan ke pihak gawang lawan. Permainan menjadi lebih agresif dengan aksi² kasar silih berganti dengan adegan tarik menarik jersi lawan. Adakalanya pengadil perlawanan seakan hilang kawalan.

Di tepi padang kelihatan beberapa botol air mineral yang berlambangkan Barisan Nasional di lemparkan ke arah penyokong² Pakatan Rakyat. Aksi baling membaling botol berlaku di antara kedua penyokong.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertopi merah yang sering hadir di setiap kali Pakatan Rakyat membuat 'demontrasi aman' kelihatan mula dibawa masuk ke dalam stadium bagi mengawal keadaan yang semakin tegang. Trak ‘Water Canon’ turut dibawa masuk bagi melepaskan pancutan airnya jika keadaan tidak dapat di kawal.

Di tempat duduk pemain² simpanan Barisan Nasional, suasana kelihatan muram. Pengurus pasukan yang baru di lantik berdiri sambil mencekak pinggang dan memberi arahan kepada pemain²nya agar lebih bersemangat.

Beberapa orang pemain simpanan Barisan Nasional di arah oleh Pengurus Pasukan membuat ‘warming up’ di tepi padang bagi mengantikan pemain yang telah ‘pancit’. Tapi sayang sekali! Pemain² simpanan BN yang baru memanaskan badan turut sama pancit di tepi padang sebelum diberi peluang beraksi di tengah padang.

Latihan stamina di perhimpunan agung Umno minggu lalu langsung tidak memberikan motivasi kepada pemain² untuk terus berjuang ke tiupan wisel terakhir. Mereka se olah² hilang fokus.

Di minit ke 46 masa kecerderaan, pemain berjersi 36 dari negeri 'Penyu Bertelur' Abdul Wahid Endut membuat sepakan leret ke gawang lawan. Bola meleret masuk se olah² telur penyu yang meleret lembut mencecah gawang lawan. Penjaga gol hanya dapat memerhatikan saja bola meleret masuk.

“Peweeetttt!...........Peweeetttt!” wisel ditiup mengesahkan jaringan dan menamatkan permainan separuh masa pertama dengan kedudukan 2 – 0. Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional.

Permainan berhenti sebelum separuh masa kedua bermula.

Tunggu!!

Nota Kaki : Sekadar imiginasi tuan blog bagi menyampaikan cerita secara santai bagi berkongsi perasaan gumbiranya di atas pencapaian Pakatan Rakyat di dalam beberapa pilihanraya kecil yang baru lalu.

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP