Kejor Yop Kejor - Part 2

>> Jumaat, 10 April 2009

Sambungan cerita dari Part 1.

Apabila wisel separuh masa pertama ditiup tanda tamat permainan. Kesemua pemain² berjalan masuk ke bilik persalinan untuk berehat. Team PR berjalan girang penuh semangat. Dua berbalas kosong dalam genggaman. Sementara team BN berjalan tunduk dan lesu.

Semasa team PR melintasi ke bilik persalinan, penyokong² Pakatan Rakyat bersorak dan bertepuk tangan sambil berteriak, “Hidup Hidup! Hidup Rakyat! Hidup Anwar! Hancur BN!"

Anwar Ibrahim tersenyum sambil melambaikan tangan kepada penyokongnya. Secara spontan Anwar Ibrahim menanggalkan jersi yang dipakainya dan mencampakkan ke arah penyokongnya tanda penghargaan.

Berebut-rebut dan bertolak-tolak mereka sesama sendiri untuk mendapatkan jersi yang bernombor 6 itu. Dalam tolak menolak itu, entah bagaimana jersi yang dicampakan itu terjatuh betul² di atas riba seorang penyokongnya yang duduk berkerusi roda (aku ler tu). Mungkin rezeki lelaki yang berkerusi roda itu, tanpa perlu berebut-rebut jersi itu jadi miliknya.

Sementara permainan berhenti rehat, wartawan² akhbar mengambil peluang untuk menemu bual para penyokong kedua belah pihak untuk mendapatkan bahan berita untuk disiarkan di akhbar masing².

Di satu sudut, seorang wartawan dari Ulasan Meloya sedang menemu bual seorang penyokong PR yang berketurunan India yang hadir bersama keluarganya di stadium pada malam itu. Di tangan India itu berkibar megah bendera berlatar belakangkan bulan purnama.

Wartawan Ulasan Meloya bertanya, “Boleh saya tahu mengapa encik menyokong parti Pas?”

“Apa luu ingat saya bangsa India tak boleh sokong sama Pas ke? Chittt! Takda sekolah punya orang!” jerkah lelaki India itu. Wartawan tadi hanya tersenyum sipu. Tak menyangka jawapan sebegitu yang di terimanya.

“Sekarang kita India punya bangsa sudah educated! Mana parti ada baik kita kasik sokong!” kata lelaki India itu lagi.

“Pas For All! Pas For All!” jerit lelaki India itu sambil menunjuk-nunjuk lambang bulan putih dan hijau yang tertera di bajunya. Bangga sungguh dia memakai t-shirt Parti Islam Se Malaysia itu.

Setelah lelaki India itu berlalu pergi, wartawan dari akhbar Ulasan Meloya itu cuba pula menemu bual sepasang suami isteri yang berbangsa Cina yang turut sama menonton perlawanan bolasepak pada malam itu.

“Ah Soo! luu ingat ini malam pasukan mana akan menang?” tanya wartawan kepada perempuan berbangsa china yang umur agak separuh abad.

“Luu sape mau tanya gua. Luu polis ke?” tanya perempuan berbangsa cina itu.

“Saya wartawan Ah Soo. Wartawan dari Ulasan Meloya,” jawab wartawan tersebut sambil menunjukkan kad wartawannya.

“Sorry! Sorry! Kalau Halakah (Harakah) boleh interview sama gua. Ulasan Meloya takmo lorrr. Nanti gua cakap lain, luu tulis lain!” jawab perempuan berbangsa cina tadi sambil terus berlalu pergi.

Wartawan tadi terus mencari-cari penonton untuk di temu bual untuk di jadikan bahan berita di akhbarnya. Dia terus menuju ke bilik persalinan PR . Di dalam bilik itu kelihatan Pengurus Pasukan bolasepak PR sedang memberi motivasi kepada pemain²nya. Kelihatan pemain² PR tekun mendengar taklimat dan motivasi yang sedang diberikan.

Kemudian, wartawan tersebut beralih pula ke bilik persalinan BN. Berlainan pula senarionya di sini, di bilik ini pemain² sedang menikmati sajian lazat yang sedang dihidangkan. Mee Udang Kuala Sepetang dan Nasi Beriyani Gam dengan minuman jus air durian Belanda menjadi menu sajian ketika waktu berehat ini.

"Mak aii! Nak makan ke nak main bola?" terdetik di hati wartawan Ulasan Meloya. Niatnya untuk menemu bual kedua pasukan di batalkan. Wartawan tersebut lantas berlalu pergi meninggalkan bilik persalinan itu.

Setelah lima belas minit berlalu, kedua-dua pasukan keluar dari bilik persalinan untuk meneruskan permainan separuh masa kedua.

Pasukan PR menukar jersi berwarna biru putih berstokin merah. Warna lambang bendera parti Keadilan. Jersi yang mereka pakai di separuh masa pertama lencun di basahi peluh dan hujan.

Sementara pasukan BN memakai jersi dan seluar sedondon bewarna 'pink'. Warna yang sinonim dengan warna Puteri Umno. Ada di antara pemain yang berjalan pun terhuyong hayang. Mungkin kesan akibat terlebih makan Mee Udang Kuala Sepetang dan jus durian Belanda.

Apabila kedua pasukan melangkah masuk ke padang, terdengar sorakan dan jeritan yang riuh rendah dari kedua-dua penyokong PR dan BN

Ada yang menjerit, "Auwww! Auwww! Puteri Umno nak bermain bola ke!"

Mungkin warna 'pink' itu melambangkan watak seorang yang lemah lembut dan warna itu hanya sesuai untuk kaum wanita.

"Ini padang bola ler! Bukan PWTC tempat persidangan Umno!" jerit seorang penyokong sambil yang lain ketawa berdekah-dekah.

Setelah kedua pasukan bersedia. Wisel separuh masa kedua pun ditiupkan....."Peweeetttt!"

Tunggu perlawanan separuh masa kedua!

Nota Kaki : Olahan dan cerita hanya imiginasi tuan blog saja. Bukan niat untuk mempersendakan watak sesiapa. Sekadar hiburan mengisi ruang kosong blog.

Kepada sahabat di sana! Maaf kiranya entri² berbaur politik sebegini tak menyenangkan hati anda.

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP