Dato' Seri Nizar.....Masih Ada Sinar Untukmu
>> Khamis, 12 Februari 2009
Seperti kita sedia maklum kedua-dua Adun yang melompat parti itu akan di bicarakan di atas tuduhan rasuah. Dan jika di dapati bersalah, kedua-dua mereka secara automatik akan gugur kedudukan sebagai Adun. Satu pilihanraya kecil perlu di adakan bagi mengisi kekosongan kerusi di kawasan mereka.
Andai kata pada pilihanraya kecil ini Pakatan Rakyat memenangi (InsyaAllah) kembali kedua-dua kerusi tersebut. Kedudukan ahli Dun negeri akan berubah kepada BN 29 (28+1) dan PR 30 (28+2). Majoriti kerusi akan kembali kepada PR. Dan PR akan kembali memerintah negeri Perak. (Kedudukan kerusi masakini BN 31 dan PR 28)
Jika senario di atas berlaku, tidak ke rasa seperti lawak, dalam tempoh beberapa bulan tiga kali peralihan kuasa berlaku. Dan jika masih ada lagi permainan kotor dari pihak BN, kedudukan pemerintahan akan bertukar lagi.
Adakah kemasukan dua Adun ini ke dalam BN akan merubah senario kes rasuah yang sedang mereka hadapi?. Adakah kes rasuah mereka akan di gugurkan? Jangan nanti ada tangan² kotor yang menganggu proses perundangan ke atas kedua mereka. Kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini!
Yang pasti BN tidak mahu 2 kerusi Dun ini terlepas dari tangan mereka. Kredibiliti mereka yang memang telah tercemar akan bertambah cemar lagi.
Ingat! "Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan"
0 ulasan:
Catat Ulasan