Catatan 17 April

>> Khamis, 10 April 2008

Tarikh-tarikh 4 April’1999, 14 April’1999 dan 17 April’1999 tidak pernah aku lupa setiap kali hadirnya di dalam kalendar hidupku. Walaupun diriku sudah semakin jauh dengan detik-detik itu dan diri ini semakin hilang dari ingatan mereka, tetapi sesungguhnya aku tidak pernah melupakannya.

Adakalanya aku merasakan diri ini ibarat ‘Pungguk rindukan bulan’, sedangkan bulan langsung tidak menghiraukan rindu si pungguk. Bulan yang suatu masa dahulu gerhana kini kembali menyinar. Di kelilingi oleh kicauan dan siulan burung-burung yang cantik berbanding si pungguk. Aku hanya si pungguk yang hodoh, yang tetap setia merindui bulan…entah sampai bila?

“Ooh burung pungguk, malang nasibmu, rupamu buruk tak siapa yang mahu,”antara lirik lagu Dato Sharifah Aini bercerita tentang nasib si burung pungguk.

17 April 1999 tiga hari selepas ‘Black 14’. Aku di maklumkan bahawa satu demontrasi besar-besaran akan di adakan di sekitar pusat bandar anjuran pelajar IPTA dan IPTS. Aku pun tidak mahu ketinggalan ingin turut serta. Se awal waktu zohor aku sudah berada di dalam Masjid Jamek bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Ramai sungguh jemaah petang itu. Sementara menanti masuknya waktu Asar kami berbual-bual dan berkenal-kenalan. Pandang memandang antara satu sama lain. Perasaan curiga mencurigai tetap bermain di hati, manalah tahu takut-takut ada di antara kami bukan pendemontrasi tetapi angota polis. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah banyak kali kami lalui.

Selepas selesai sholat Asar, kedengaran pembesar suara dari luar masjid mengarahkan kami keluar dari kawasan masjid. Di luar telah bersiap sedia sepasukan polis dengan dua buah trak sedia menggangkut kami. Ramai rakan-rakan yang terkantoi, aku bernasib baik terlepas dari pemereksaan polis. Bagaimana aku terlepas? bacalah catatanku yang terdahulu di sini
Masjid Jamek
Setelah pehak polis beredar kami berkumpul semula. Bermula dari Pasar Seni kami berarak beramai-ramai melalui perhentian Bas Stand Kelang, Jalan Cheng Lok menuju ke Puduraya. Sambil berarak kami menyanyikan lagu patriotik ‘Barisan Kita’ yang telah di ubah suai liriknya. Antara liriknya ‘Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, menuju REFORMASI’.

Sesampai di depan Puduraya, helikopter polis pun berlegar-legar di ruang udara memantau pergerakan kami. Kami teruskan perarakan sehingga di depan hotel Swiss Garden di Jalan Pudu. Seperti yang di jangka, sepasukan FRU tiba untuk menyuraikan kami. Seperti biasa kami bertaburan lari menyelamatkan diri, lari bukan kerana takut tetapi lari mengatur strategi….hehehe.

Kami berkumpul semula di Masjid Kg. Baru untuk memulakan demontrasi pada malamnya. Inilah coretan dan kenanganku pada 17 April 1999, kira-kira lapan tahun yang lalu. Kini semua tinggal kenangan buatku, aku kini tidak sekuat dahulu dan tidak mampu berlari seperti dahulu lagi.

04 April’1999 - Penubuhan Parti Keadilan.
14 April’1999 - Tarikh jatuh hukuman DSAI dan tarikh ‘Black 14’.
19 April’1999 - Demontrasi.

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP