Dari Sanggang Ke Indera Kayangan

>> Khamis, 10 April 2008

Pilihanraya kecil Batu Talam akan di adakan lebih kurang dua minggu lagi. Aku teringat nostalgia semasa aku berkempen untuk pilihanraya-pilihanraya kecil Sanggang, Telok Kemang, Betong dan akhir sekali Indera Kayangan, Perlis.

Di pilihanraya Lunas, aku tidak pergi berkempen kerana tiada dapat cuti dan di adakan pula di bulan ramadhan. Memang amat menyeronokkan pergi berkempen di setiap pilihanraya. Di setiap pilihanraya ada tersisip kenangan pahit manis buatku.

Kerusi parlimen Indera Kayangan, Perlis merupakan negeri terakhir aku berkempen sebelum aku jatuh sakit. Semasa pilihanraya kecil Pendang di Kedah, aku sedang terlantar sakit di hospital. Walaupun sedang sakit aku turut ke sana berkempen tetapi melalui mimpiku, ekstremnya aku.....hehehe.

"Bila untung kasik Renong, bila rugi rakyat tanggung" , "Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana....reformasi!!," antara slogan reformasi yang masih aku ingat.

Gambar dari lensa kameraku yang sempat aku rakam di beberapa lokasi di zaman Reformasi.

Double klik untuk besarkan gambar.

Gambar semasa pilihanraya kecil Sanggang, Pahang Jan'2000. Aku yang memegang bendera DAP. Kenapa aku memegang bendera DAP? Pertama nak menarik kaum cina supaya menyokong calon Pas. Kedua sebab aku tidak pernah naik roket!! hehehe. Baju yang aku pakai pun berlambangkan bendera-bendera parti pembangkang. Beli pakai duit sendiri, sponsor-sponsor tak mainlah. Menyokong parti pembangkang tidak bererti menjadi pembelot negara....Malaysia negara demokrasi.

Gambar Tian Chua di tangkap pada hari kes rayuan Dato Seri Anuar Ibrahim. Gambar aku rakam di belakang Bangunan HSBC Jalan Benteng. Semasa merakamkan gambar ini aku turut di sergah oleh SB.....kus semangat!!! aku lari tidak cukup tapak..ekekeke.

Gambar Gobalakrishnan di tangkap di depan Mahkamah Seysen, Kuala Lumpur. Demontrasi di adakan pada hari pendengaran perbicaraan reformis-reformis yang tertangkap.

hehehe...ini gambar aku yang memakai vest hitam sedang bersalaman dengan anggota polis. Ada satu ketika aku pernah di maki oleh pendemotrasi yang menyangka aku polis (SB). Aku suka membawa beg sendeng ala-ala SB setiap kali menyertai demontrasi. Apa yang ada dalam beg itu? bekal nasik ke? hehehe....ada kamera dan teropong ler. Gambar di ambil di depan Kementerian Kewangan, Jalan Duta. Demontrasi dan protes berkaitan isu royalti minyak bersama rakyat Terengganu... .....na na na na Ganu kite.

Gambar pembebasan Hj. Mahfuz Omar di Penjara Kajang yang sempat aku rakam. Jika tidak silap pembebasan di buat di hari Jumaat bulan ramadhan. Bulan puasa pun reformasi tetap di teruskan. Hari itu aku berkonvoi 'merempet' dari Kajang ke Taman Melewar....sungguh meriah.

Gambar-gambar ini sekadar 'nostalgia' buat diriku tiada niat untuk menghasut mahu pun memfitnah. Aku banyak menyimpan koleksi gambar di zaman reformasi yang aku rakam sendiri dari kameraku.

Zaman reformasi sudah berlalu, teman-teman reformis sudah lama meninggalkan aku. Kini aku sendirian meneruskan perjuanganku. Perjuangan menempuh hari-hari seterusnya sebagai OKU.

Perjuangan yang belum selesai.............

0 ulasan:

Photobucket

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP